Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Pelan Perlindungan Bersepadu beri lindungan lebih baik bagi rawatan barah mulai 1 Apr

Mar 27, 2023 | 08:18 PM



MULAI 1 April, Pelan Perlindungan Bersepadu (IP) akan membayar perlindungan sehingga lima kali ganda bagi rawatan penyakit barah berbanding MediShield Hayat asas.


Perubahan ini akan berkuatkuasa bagi semua pemegang polisi dari masa mereka memperbarui kontrak IP mereka.


Menurut laporan The Straits Times, daripada apa yang dinyatakan oleh tujuh syarikat insurans IP, perlindungan yang diberikan kepada pesakit akan bermula pada 1 April, dan jumlah maksimum akan diberikan untuk semua pelan, tidak kira sama ada pemegang polisi mengambil pelan menginap di wad kelas A atau B1 di hospital awam, atau di hospital swasta.


Perlindungan semasa bagi mereka yang sedang dirawat untuk barah akan dilanjutkan selama enam bulan bagi membolehkan mereka melengkapkan rejimen mereka.


Ini adalah fasa kedua susulan langkah Kementerian Kesihatan (MOH) untuk memperlahankan kenaikan kos rawatan barah yang semakin meningkat di sini – ia meningkat pada kadar 20 peratus setahun – dan bagi pihak MOH juga untuk mendapatkan harga lebih tepat untuk ubat-ubatan barah. 


Fasa pertama bermula pada September 2022 dan menjejas pesakit yang ada MediShield Hayat asas saja.


MOH berkata perubahan ini “akan memastikan rawatan barah dan premium insurans dimampui dalam jangka panjang”.


Terdapat dua bahagian kepada perubahan ini – pertama adalah mengehadkan perlindungan insurans kepada rawatan barah yang disenaraikan dalam Senarai Ubat Barah.


Menurut MOH, kira-kira 90 peratus daripada ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat barah yang telah diluluskan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) berada dalam senarai tersebut.


Hanya ubat-ubatan yang terbukti secara klinikal memberi kesan serta dimampui, dimasukkan dalam senarai itu. 


Hasil daripada langkah ini, harga ubat barah menurun secara purata 30 peratus sehingga 60 peratus.


Perubahan kedua pula melibatkan pembahagian perlindungan insurans penjagaan barah kepada ubat-ubatan dan perkhidmatan.


Untuk MediShield Hayat, kos ubat-ubatan yang dilindungi oleh insurans, adalah antara $200 hingga $9,600 sebulan, bergantung pada ubat yang digunakan. 


Untuk IP pula, jumlah perlindungan menjangkau maksimum sehingga lima kali ganda, antara $1,000 dan $48,000 sebulan.


Insurans hanya membayar ubat yang termahal apabila lebih daripada satu ubat dalam Senarai Ubat Barah diberikan sebagai preskripsi.


Untuk perkhidmatan barah, MediShield Hayat membayar sehingga $1,200 setahun, namun mulai Sabtu, ia akan dinaikkan kepada $3,600.


Perubahan ini dibuat MOH sebagai respons kepada maklum balas bahawa $1,200 adalah terlalu rendah untuk menampung kos bagi sejumlah besar pesakit bersubsidi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >