JUMLAH pesakit baru yang menghidap masalah gusi dan mendapatkan rawatan di Pusat Pergigian Nasional Singapura (NDCS) telah meningkat sekitar 37 peratus setiap tahun antara 2011 dengan tahun lalu.
Dalam setiap tahun itu (2011-2015), sekitar 12 peratus daripada keseluruhan pesakit itu juga menghidap kencing manis, dengan kes mereka dianggap sederhana sehingga yang serius.