Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

2 pasangan di Kedah dicekup berkhalwat sempena Hari Kekasih

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

2 pasangan di Kedah dicekup berkhalwat sempena Hari Kekasih

Feb 15, 2024 | 10:49 AM



KULIM (Kedah): Seorang ibu tunggal sanggup membawa dua anaknya yang berusia empat dan enam tahun menginap di sebuah hotel di Pekan Lunas, di sini, bersama kekasihnya sebelum mereka dicekup berkhalwat pada 14 Februari malam.


Wanita berusia 41 tahun itu dicekup berkhalwat dengan pasangannya yang berusia 43 tahun di hotel terbabit pada 10.55 malam oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) menerusi Op Kasih Sayang sempena Hari Kekasih atau Valentine’s Day di daerah itu bermula 14 Februari malam hingga awal pagi 15 Februari.


Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Encik Anwar Sharifuddin Mat Saad, berkata hasil pemeriksaan di sebuah hotel di pekan Lunas itu mendapati terdapat satu pasangan yang mencurigakan bersama dua kanak-kanak berada di dalam bilik itu.

“Selepas disoal siasat, wanita itu mengaku dua kanak-kanak terbabit adalah anak kandungnya manakala lelaki itu pula adalah teman lelakinya dan gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan suami isteri atau mahram ketika disoal siasat.

“Berikutan itu, mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian Malaysia (BHM) pada 15 Februari.


Encik Anwar Sharifudin berkata pasangan itu, yang masing-masing menetap di Pulau Pinang, kemudian dibebaskan dengan ikat jamin selepas keterangan diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

Jika sabit kesalahan, setiap seorang boleh didenda tidak melebihi RM3,000 ($845) atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali.

Sementara itu, dalam pemeriksaan berasingan di sebuah motel di Jalan Lembah Impiana di sini, PADK mendapati satu pasangan berusia 23 serta 25 tahun memberi alasan mereka berehat disebabkan hujan lebat selepas keluar berjalan-jalan di sekitar daerah itu dengan menunggang motosikal.

Namun alasan tersebut tidak diterima ketika pasangan itu disoal siasat sewaktu dicekup berkhalwat oleh penguat kuasa PADK di motel berkenaan pada 12.30 tengah malam 15 Februari.

Encik Anwar Sharifudin berkata pasangan itu turut memberi alasan baru bertunang. Namun, hasil siasatan lanjut dengan ahli keluarga mendapati mereka belum ada sebarang ikatan.

Katanya, pasangan itu turut dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan dan dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil dan kes disiasat mengikut enakmen yang sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >