Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

2,000 rakyat M’sia dipercayai terperangkap di negara asing dek pemerdagangan manusia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

2,000 rakyat M’sia dipercayai terperangkap di negara asing dek pemerdagangan manusia

Nov 06, 2023 | 12:37 PM



KUALA LUMPUR: Hampir 2,000 rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia, masih terperangkap dan tidak mampu menyelamatkan diri di beberapa negara jiran, sejak setahun lalu.


Di Myanmar sahaja, difahamkan lebih 1,200 mangsa berada di beberapa daerah di negara itu menjadi buruh paksa yang melakukan pelbagai pekerjaan.

Ratusan lagi mangsa penipuan juga dikesan berada di Thailand, menunggu untuk diseludup masuk manakala selebihnya di Laos, Kemboja dan Filipina.

Mendedahkan perkara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, berkata setakat ini pihaknya menerima aduan daripada ratusan keluarga yang meminta bantuan membawa ahli keluarga mereka pulang.

“Di Myanmar, kebanyakan mangsa dipercayai dikurung, dipukul dan dipaksa melakukan kerja penipuan secara dalam talian yang kebanyakannya di Wilayah Shan, utara Myanmar, manakala ada di Myawaddy, Tachileik dan Laukkaing yang bersempadan dengan Thailand.

“Walaupun kita tiada angka rasmi kerana ramai daripada mereka diseludup melalui laluan tikus (laluan kecil tidak rasmi atau tidak berdaftar) di Thailand, namun berdasarkan maklumat daripada ‘orang’ kita di sana, ada kira-kira 200 orang di Myawaddy.

“Itu belum lagi di daerah lain yang dianggarkan lebih 1,000 mangsa di Myanmar berdasarkan kajian lapangan serta sesi temu bual bersama mangsa yang diselamatkan sebelum ini,” katanya kepada Berita Harian Malaysia.


Datuk Hishamuddin berkata apa yang meresahkan ialah tiada penyelesaian membabitkan kerjasama pihak berkuasa kerajaan bagi ‘menyelamatkan’ rakyat Malaysia di negara itu.

Ini katanya, disebabkan hubungan diplomatik antara Malaysia-Myanmar yang kurang baik selepas negara itu ditadbir junta tentera.

Malaysia katanya hanya mendapat kerjasama baik daripada polis dan Kementerian Luar di Kemboja, Laos dan Filipina, menyebabkan usaha membawa pulang rakyat ke tanah air lebih mudah.

Beliau berkata sehingga kini ada rakyat Malaysia di Myanmar yang berjaya dibawa pulang oleh MHO dengan adanya sukarelawan persatuan itu yang mempunyai kenalan di sana.

“Kita sangat berpuas hati dengan tindakan kerajaan dan kerjasama dari Kemboja serta Laos dalam melaksanakan misi menyelamat, malah Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain juga ada turun sebelum ini.

“Namun di Myanmar, sampai kini tiada koordinasi yang baik untuk membawa pulang rakyat Malaysia di sana,” katanya.

Sejak awal 2023, MHO berjaya menyelamatkan kira-kira 90 mangsa di Myanmar.

Pakej gaji lumayan yang mencecah sehingga RM6,000 ($1,736) menjadi antara taktik yang berjaya ‘mencairkan’ hati rakyat Malaysia untuk menerima tawaran bekerja itu.

Tawaran itu bagaimanapun hanyalah modus operandi sindiket pemerdagangan manusia untuk memerangkap rakyat Malaysia bekerja dengan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >