Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

3 lelaki maut dirempuh kereta pagi Raya di Perak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

3 lelaki maut dirempuh kereta pagi Raya di Perak

Apr 11, 2024 | 12:36 PM



TELUK INTAN (Perak): Tiga lelaki warga Pakistan di Malaysia maut manakala tiga lagi parah dirempuh kereta ketika berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pagi 10 April.


Kejadian berlaku di Kilometer 16 Jalan Teluk Intan-Bidor, Perak, apabila sebuah Proton Saga yang dipandu lelaki berusia 36 tahun terbabas lalu terlanggar enam warga Pakistan yang sedang berjalan kaki di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Penolong Pesuruhjaya Ahmad Adnan Basri, berkata akibat kejadian, tiga daripada mangsa yang berusia antara 20 dengan 35 tahun itu disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi parah dan dirawat di Hospital Teluk Intan.

“Semua mangsa mempunyai permit dan dokumen perjalanan sah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ujian saringan air kencing terhadap pemandu Proton Saga mendapati lelaki itu positif ganja dan dia kini ditahan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu semasa di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian.

“Polis turut menahan kenderaan terbabit bagi tujuan pemeriksaan Puspakom,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Puspakom adalah syarikat pemeriksaan kenderaan nasional di Malaysia.

Dalam kes berasingan, dua pengawal keselamatan maut selepas motosikal yang mereka naiki terbabit dalam nahas di Kilometer 57 Jalan Lingkaran Tengah Utama (CSR) menghala Kuala Lipis, Pahang, pada 10 April.

Kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke Sungai Buloh di Selangor sebaik selepas selesai cuti Aidilfitri di Kelantan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man, berkata:

“Siasatan dapati motosikal dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tembok simen pembahagi jalan menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak.

“Kedua-dua mangsa yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat di Damansara meninggal dunia di tempat kejadian.”

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan kes kematian akibat nahas jalan raya meningkat mendadak apabila 35 kes direkodkan pada hari ketiga Op Selamat ke-22 pada 10 April.

Jumlah kemalangan maut meningkat hampir sekali ganda berbanding 18 kematian yang direkodkan pada hari kedua operasi berkenaan pada 9 April.

PDRM melalui infografik yang dikongsi melalui Facebook pada 11 April memaklumkan sejumlah 1,289 kes kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku di seluruh negara pada 1 Syawal, bersamaan 10 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >