Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ibu bapa terkorban dalam kemalangan, 4 beradik yatim piatu jelang Aidilfitri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ibu bapa terkorban dalam kemalangan, 4 beradik yatim piatu jelang Aidilfitri

Apr 09, 2024 | 10:29 AM



SEREMBAN: Aidilfitri ini tidak bermakna buat empat beradik berusia tiga hingga 12 tahun apabila menjadi yatim piatu sekelip mata, selepas ibu bapa mereka rentung dalam nahas dua kenderaan di Jalan Seremban-Mantin dekat Bukit Mantin, Negeri Sembilan.

Lebih memilukan, kemalangan pada pagi 8 April itu berlaku ketika pasangan suami isteri berkenaan, Allahyarhamah Noor Azeana Azreen Hasmadi, 32 tahun, dan Allahyarham Abdul Halim Mat Rani, 34 tahun, dalam perjalanan dari Beranang, Selangor, untuk menjemput anak mereka di rumah keluarga di Seremban untuk membeli baju raya.

Menurut bapa Allahyarhamah Noor Azeana Azreen, Encik Hasmadi Ahmad, 56 tahun, hari raya pada tahun ini seolah-olah tiada maknanya lagi selepas mendapat perkhabaran sedih berkenaan.

Katanya, beliau ada menghubungi anak sulung daripada lima beradik itu petang 7 April untuk bertanyakan tentang persiapan raya empat cucunya yang terdiri daripada tiga perempuan dan seorang lelaki.

“Anak saya kata dia kerja dan akan balik malam. Jadi saya tanya sama ada dia sudah beli baju anak, dia kata belum dan dia akan beli esok (8 April). Mereka enam beranak dijangka beraya di Kampung Abdul Halim di Rembau, Negeri Sembilan.

“Ikutkan, Along (Allahyarham Noor Azeana) berhajat raya tahun ini untuk bergambar kenangan bersama adik-beradiknya yang lain dan akan menunggu salah seorang adiknya yang beraya terlebih dahulu di kampung suami di Terengganu,” katanya lapor Kosmo.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Encik Mat Ghani Lateh, berkata berlaku satu kebakaran membabitkan sebuah kenderaan jenis BMW yang terbakar 100 peratus, akibat bertembung dengan sebuah lori milik syarikat pembersihan swasta.

Beliau berkata pada 10.25 pagi 8 April, berlaku kemalangan jalan raya di Jalan Bukit Mantin menghala ke Seremban melibatkan dua mangsa berkenaan.

“Siasatan awal mendapati semasa kejadian pemandu kereta jenis BMW yang dalam perjalanan itu ingin memotong kenderaan di depannya sebelum hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Akibat kejadian kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori jenis Isuzu hingga mengakibatkan kereta tersebut terbakar.

“Berikutan kemalangan itu, pemandu dan penumpang kereta tersepit di dalam kereta dan didapati rentung dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata pemandu lori tersebut mengalami kecederaan ringan luka di bahagian tangan dan kepala.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >