Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3 nelayan hilang di perairan Terengganu ditemui selamat

Oct 18, 2024 | 1:46 PM
Tiga nelayan, Encik Mohd Nasir Yusoff (dua, kiri), Encik Syukri Mokhtar (tiga, kiri) dan Encik Mokhtar Yusoff (kanan) disambut ahli keluarga selepas dibawa pulang susulan dikhuatiri hilang selepas keluar memancing.
Tiga nelayan, Encik Mohd Nasir Yusoff (dua, kiri), Encik Syukri Mokhtar (tiga, kiri) dan Encik Mokhtar Yusoff (kanan) disambut ahli keluarga selepas dibawa pulang susulan dikhuatiri hilang selepas keluar memancing. - Foto BERNAMA

CHUKAI (Terengganu): Tiga nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan dekat perairan Kuantan pada 13 Oktober ditemukan selamat empat hari kemudian pada 17 Oktober.

Tiga nelayan berkenaan iaitu Encik Mokhtar Yusof, 69 tahun; anaknya Encik Mohd Shukri Yusof, 46 tahun; dan adik Encik Mokhtar, Encik Mohd Nasir, 46 tahun, ditemui selamat oleh sebuah bot nelayan pada awal pagi 17 Oktober, pada jarak 46.3 kilometer tenggara dari Kuala Kemaman, dekat perairan Kuantan.

Timbalan Pengarah Operasi, Zon Maritim Kemaman, Leftenan Maritim Muhammad Faisal Abdul Rahim, berkata sebaik sahaja menerima laporan, sebuah bot Maritim, Perkasa 49, bergegas ke lokasi.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, pihak kami mendapati tekong bot (Mokhtar) mengalami masalah kesihatan dan segera dibawa ke Pangkalan Hadapan di Pejabat Maritim Kemaman.

Mangsa kemudian dibawa ke klinik kesihatan berhampiran untuk rawatan lanjut.

“Pada masa sama, sebuah bot nelayan tempatan bertolak ke lokasi penemuan untuk mengambil dua lagi mangsa dan menunda bot terbabit ke jeti Maritim Kemaman,” katanya.

Encik Muhammad Faisal berkata perjalanan ke lokasi kejadian mengambil masa antara empat dengan lima jam.

“Bot dinaiki tiga nelayan itu mengalami kerosakan bateri menyebabkan enjin gagal dihidupkan.

Menceritakan pengalamannya, Encik Mokhtar berkata selepas pelbagai ikhtiar dilakukan menemui kegagalan, beliau nekad mengambil keputusan melepaskan suar kecemasan.

“Syukur pada Tuhan, tindakan saya itu dapat dilihat sebuah bot nelayan lain sebelum datang memberi bantuan,” kongsinya.

Beliau berkata mereka bertiga keluar memancing pada 13 Oktober kira-kira 2 petang dan dijadual pulang semula ke darat pada 15 Oktober.

“Ketika bersiap untuk bertolak pulang, tiba-tiba enjin bot gagal dihidupkan. Apabila saya periksa saya dapati bateri mengalami kerosakan,” ujarnya.

Bercerita lanjut, sepanjang dua malam berada di tengah laut, mereka terserempak empat kapal dagang kerana lokasi itu adalah laluan utama kapal besar.

“Sepanjang dua malam itu, kami empat kali terserempak dengan kapal besar dan kami terpaksa membakar kain buruk sebagai isyarat supaya bot tidak dilanggar.

“Bot juga mengalami kebocoran dan kami bertiga tidak dapat tidur kerana terpaksa bergilir-gilir menimba air yang memasuki bot,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg