Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

5 beradik yatim piatu, ibu bapa maut nahas motosikal, elak babi lintas di Kedah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

5 beradik yatim piatu, ibu bapa maut nahas motosikal, elak babi lintas di Kedah

Jan 12, 2024 | 10:58 AM



SUNGAI PETANI (Kedah): “Hanya dalam sekelip mata, kami lima beradik kini yatim piatu selepas ibu bapa meninggal dalam kemalangan, semalam (11 Januari),” kata Cik Fatin Hanani, 23 tahun.


Dalam kejadian 1 pagi itu, Encik Mohd Norzianal Mohd Ainol, 46 tahun, dan isterinya, Cik Suhana Othman, 43 tahun, meninggal dunia selepas motosikal yang mereka naiki melanggar tiang elektrik selepas dipercayai cuba mengelak babi melintas bersebelahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, berdekatan Sungai Petani.

Pasangan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Cik Fatin Hanani, yang juga anak sulung pasangan itu, berkata beliau mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan anggota polis yang datang ke rumah sewa mereka di Taman Pahlawan – tidak jauh dari lokasi pada 1 pagi.

Katanya, pada mulanya beliau tidak percaya apa yang berlaku namun selepas anggota polis terbabit menunjukkan Mykad ibu bapanya, beliau terpaksa menerima hakikat kejadian itu benar-benar berlaku.

“Saya kemudian memberitahu empat adik yang lain berhubung kemalangan yang menimpa ibu bapa kami menyebabkan mereka gagal mengawal emosi dan terlalu sedih.

“Kami kemudian dibawa ke lokasi kejadian dan mendapati jasad bapa di bawah motosikal manakala ibu pula terbaring tidak sedarkan diri bersebelahannya,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Cik Fatin Hanani, yang juga penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, ketika ini sedang menghabiskan cuti penggal.

“Saya dan adik-adik, Aida Batrisya, 17 tahun; Alya Batrisya, 16 tahun; Adlin Irfan, 15 tahun; dan Adib Leman, tujuh tahun, bagaikan hilang arah selepas hilang tempat bergantung dalam sekelip mata, namun saya sebagai kakak sulung, akan menjaga mereka,” katanya.

Anak kedua pasangan itu, Aida Batrisya berkata bapanya yang bekerja sebagai pengurus jualan mesin penapis air bersama ibunya dikatakan dalam perjalanan untuk membeli makanan.

“Selepas ini, kemungkinan besar, kami akan tinggal di rumah yang dibeli ibu yang sekarang didiami nenek kami di Taman Kempas,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >