Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Lelaki maut dalam nahas di Johor libatkan van bawa 10 anak yatim

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lelaki maut dalam nahas di Johor libatkan van bawa 10 anak yatim

Nov 04, 2023 | 02:47 PM



KOTA TINGGI (Johor): Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah van yang membawa kanak-kanak terdiri daripada anak yatim berhampiran Felda Sungai Sayong, Jalan Kluang-Bandar Tenggara di sini pada petang Jumaat.


Allahyarham Aminudin Sanusi, 54 tahun, yang dipercayai bertugas sebagai seorang imam dilaporkan meninggal dunia, manakala 10 anak-anak yatim berusia antara sembilan hingga 15 tahun serta pemandu van berusia 41 tahun dilaporkan cedera ringan, lapor Berita Harian Malaysia.


Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tenggara, Pegawai Bomba Kanan II Awang Ismail Awang Hanafi berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu melalui talian MERS999 pada jam 6.37 petang sebelum menghantar tujuh anggota bomba ke lokasi kejadian.

“Sebuah jentera LFRT digerakkan dan setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta Nissan Sentra dan sebuah van Kia Pregio.

“Terdapat seorang mangsa iaitu pemandu kereta tersepit dalam kenderaan itu, manakala van yang membawa 10 orang anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Bandar Tenggara (Peyara) dan pemandunya masih di dalam van, cedera ringan.

“PKO bertindak mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas dan sebaik mangsa berjaya dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada pihak KKM (Kementerian Kesihatan) sebelum pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan media.

Beliau berkata, semua mangsa di dalam van pula dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), Kulai untuk rawatan selanjutnya.

Katanya, operasi kemudian ditamatkan pada jam 8.31 malam. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >