Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

555 banduan M’sia dibebas secara berlesen di ambang Aidiladha

Mereka yang dipilih sama ada jalani hukuman penjara tidak lebih tiga tahun, golongan rentan, wanita hamil dengan hukuman penjara kurang empat tahun, berkelakuan baik, miliki penjamin.
Jun 4, 2025 | 1:03 AM
penjara, dadah, pelepasan, Aidiladha
Suami Mak Nab, Pak Man, 70, (bukan nama sebenar/berbaju biru) dipenjarakan atas kesalahan dadah pada Februari 2025, dan menjadi salah seorang daripada 72 yang terpilih dalam Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL). Foto ini dirakam dalam acara ‘Ihsan Madani:Kepulangan yang Dinanti’ sempena Aidiladha di Penjara Kluang, Johor. - Foto BHM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 555 prospek di penjara seluruh negara dibebaskan pada 3 Jun di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) sempena Hari Raya Aidiladha.

Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataannya memaklumkan Johor menjadi negeri paling ramai prospek dibebaskan iaitu 83 individu, diikuti Sabah (82), Sarawak (68), Terengganu (67), Pahang (54), Selangor (51) Pulau Pinang (45), Kedah (28), Perak (25), Negeri Sembilan (25), Perlis (15) serta Kelantan (12).

“Program ini dilaksanakan sempena sambutan perayaan bagi memberi peluang kepada banduan yang layak untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat dalam usaha menyokong pemulihan serta integrasi sosial prospek.

“Bagi sambutan Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tahun ini, (2025) sebanyak 1,934 prospek telah diberikan PBSL,” menurut kenyataan pada 3 Jun.

Jabatan Penjara memaklumkan sejak 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2024, sebanyak 57,779 Orang Bebas Berlesen (OBB) telah diberikan PBSL di institusi penjara di seluruh negara dengan 2024 mencatatkan rekod paling tinggi dalam tempoh lima tahun iaitu sebanyak 20,578 prospek.

Pada 2023 pula, sebanyak 15,180 prospek dibebaskan diikuti pada 2022 (8,412), 2021 (3,517) dan 2020 (1,938).

Menurut kenyataan itu, PBSL diberikan kepada prospek yang menjalani hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, golongan rentan dan wanita mengandung dengan hukuman penjara kurang daripada empat tahun, telah melalui program pemulihan di penjara serta berkelakuan baik dan mempunyai penjamin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg