Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Agong: M’sia tolak keganasan, konflik bersenjata

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Agong: M’sia tolak keganasan, konflik bersenjata

Dec 06, 2023 | 02:12 PM



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah, menyatakan Malaysia menolak segala bentuk keganasan terhadap insan yang tidak berdosa dalam sesuatu konflik bersenjata.


Ini termasuk tindakan pengeboman ke atas orang awam, hospital dan sekolah, serta pemotongan bekalan air, makanan serta elektrik kepada orang awam.

Sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka, Agong berkata menjadi tanggungjawab Malaysia untuk menolak semua bentuk keganasan yang bertentangan dengan norma-norma kemanusiaan antarabangsa.

“Barisan kepimpinan negara, termasuk pemimpin dalam bidang keselamatan dan pertahanan, hendaklah sebilang masa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keamanan serta kemanusiaan sejagat.

“Saya khuatir jika kita tidak menerapkan prinsip-prinsip terbabit mulai sekarang, nescaya sebarang pertikaian pada masa hadapan akan berakhir dengan konflik bersenjata yang mengenepikan segala bentuk rasional kemanusiaan,” ujarnya pada Istiadat Konvokesyen Ke-13 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bertema ‘Graduan Madani, Kesejahteraan Masa Hadapan’ di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada 6 Disember.

Beliau yang yang juga Canselor UPNM berkata dalam era serba mencabar kini, peranan institusi pengajian tinggi (IPT) menuntut anjakan paradigma baharu ke arah kecemerlangan sebagai institusi sandaran rakyat dan negara.

Justeru, beliau berkata pihak berkenaan seperti UPNM sebagai sebuah universiti pertahanan premier di rantau ini, bertanggungjawab melahirkan pemimpin masa hadapan dalam menjaya serta mempertahankan kelangsungan kepentingan strategik negara.

“Mengambil kira konflik bersenjata sedang berlaku di pelbagai pelosok dunia ketika ini, UPNM wajar dijadikan sebuah pusat utama dalam menerapkan kefahaman dan pematuhan masyarakat serta pemimpin masa hadapan negara terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” katanya.

Beliau juga berkata undang-undang antarabangsa itu adalah peraturan yang tertumpu kepada elemen kemanusiaan dalam mengawal kesan buruk akibat konflik bersenjata dan peperangan.

“Selain itu, menanam nilai-nilai murni sebagai amalan dalam apa jua yang akan dilakukan, pertahankan ketinggian maruah serta jati diri agar tidak hanyut dan alpa dengan persona duga yang melanda,” ujar Agong lagi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >