Premium
Agong: Perpaduan kaum kunci harmoni, stabil dan makmur
Seru rakyat M’sia imbau kembali semangat kenegaraan, cintakan tanah air sempena sambutan Hari Kebangsaan
Sep 1, 2023 | 5:30 AM
KEWAJIPAN KEKALKAN KEHARMONIAN: Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, merakamkan ucapan Selamat Hari Kebangsaan 2023 buat seluruh rakyat Malaysia. Beliau berkata menjadi tanggungjawab bersama pemimpin dan rakyat memelihara dan mengukuhkan lagi keharmonian serta perpaduan yang dikecapi selama ini. - Foto FACEBOOK ISTANA NEGARA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ahmad Shah, berkata perpaduan antara berbilang bangsa dan kaum ialah kunci utama bagi keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara.
Malah, katanya, keutuhan perpaduan ialah kunci utama bagi kestabilan dan kemakmuran Malaysia serta benih dan sumber kekuatan bagi menghadapi apa jua cabaran semasa dan mendatang.
Laporan berkaitan
Usaha bina S’pura bagi generasi akan datang tugas terpenting: PM LeeAug 27, 2023 | 5:41 PM
Semangat patriotik dipupuk melalui pelbagai caraAug 10, 2023 | 12:51 PM

