Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ahli Parlimen ungguli carta kes perkauman

Mar 21, 2025 | 3:03 PM
Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan, Encik Ahmad Fadhli Shaari, didakwa sering mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman di Parlimen. 
Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan, Encik Ahmad Fadhli Shaari, didakwa sering mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman di Parlimen.  - Foto HARAKAH DAILY

KUALA LUMPUR: Sebuah pertubuhan hak asasi manusia dikenali sebagai Pusat Komas dalam kajian tahunan mengenai rasisme (permusuhan kaum) di Malaysia mencatatkan 28 kes melibatkan Ahli Parlimen (AP) sebagai kumpulan tertinggi daripada sejumlah 73 kes yang direkodkan pada 2024.

Insiden-insiden berkaitan dipantau berdasarkan prosiding Parlimen secara langsung dan hansard rasmi dan dilaporkan dalam Laporan Rasisme Malaysia 2024.

Laporan itu dilancarkan Menteri Perpaduan Malaysia, Datuk Aaron Ago Dagang, di Kuala Lumpur, pada 21 Mac.

“Berdasarkan kejadian-kejadian tersebut, didapati bahawa AP menggunakan sentimen perkauman dan agama dalam ucapan mereka, dengan memberikan petunjuk halus atau terang-terangan mengenai keunggulan kaum, stereotaip, prasangka, dan maklumat salah mengenai undang-undang sedia ada,” menurut laporan itu, lapor Malaysiakini.

Turut hadir pada majlis pelancaran laporan berkenaan ialah pengarah Pusat Komas, Encik Jerald Joseph, yang menyerahkan salinan laporan tersebut kepada Datuk Aaron.

Daripada 28 kes, sebahagian besarnya melibatkan AP Perikatan Nasional (PN) iaitu blok pembangkang, termasuk pelaku berulang iaitu AP Pasir Mas (Kelantan) daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Encik Ahmad Fadhli Shaari; dan AP Machang (Kelantan), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Laporan itu juga menyenaraikan AP Pulai (Johor), Encik Suhaizan Kaiat; dan AP Jelebu (Negeri Sembilan), Datuk Seri Jalaluddin Alias sebagai antara AP kerajaan yang mengeluarkan kenyataan sedemikian di Dewan Rakyat.

Terdahulu, penyelaras program Projek Komas, Cik Umi Maisarah Kamis, membentangkan penemuan laporan dan menyatakan mungkin terdapat lebih banyak kes yang tidak direkodkan.

“Apa yang disebutkan di Parlimen sangat halus dan mungkin kenyataan mereka kelihatan tiada masalah. Tetapi jika kita lihat lebih mendalam, ia tidak selaras dengan prinsip nilai kita menjunjung perpaduan kaum,” katanya.

“Sebagai contoh, apabila seorang AP berkata ‘tiada keperluan untuk ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum), kerana tiada diskriminasi’.

“Ini membuktikan AP tersebut menafikan kewujudan diskriminasi terhadap minoriti sedangkan sebenarnya terdapat beberapa kes diskriminasi di Malaysia,” jelas Cik Maisarah.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pemuda Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kepong, Kuala Lumpur, Encik Jefferson Chia, membuat laporan polis terhadap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Laporan itu dibuat atas dakwaan pemimpin PAS itu mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan perkauman apabila mengatakan pemimpin DAP secara terbuka menentang Islam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg