Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Ajaran sesat di M’sia dipercayai beroperasi dari luar negara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ajaran sesat di M’sia dipercayai beroperasi dari luar negara

Mar 08, 2024 | 09:15 PM



KUALA LUMPUR: Satu ajaran sesat menggunakan nama Ahmadi – Agama Keamanan dan Cahaya yang sedang tular di media sosial, dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.


Ini berdasarkan laporan yang diterima Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau menyatakan demikian susulan penstriman secara langsung kumpulan itu di wadah media sosial pada 6 Mac.

Dalam satu sidang media pada 7 Mac, beliau telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk memantau ajaran berkenaan kerana ia jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Pihaknya memandang serius ajaran berkenaan kerana bimbang ia akan mempengaruhi generasi muda.

Beliau menjelaskan: “Pada 6 Mac mereka (menjalankan penstriman) di sosial media dan saya difahamkan mereka berada di luar negara dan ini berdasarkan laporan yang saya terima.

“Jika mereka bergerak atau membuat TikTok di dalam negara, mudah kita nak lakukan sesuatu.

“Jadinya kerjasama antara Jakim, Jawi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan penguatkuasa di setiap negeri penting.

“Kita juga bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberikan maklumat kepada kami dari semasa ke semasa dan MCMC yang bertanggungjawab ke atas sosial media. Kami yakin mampu memberhentikan ajaran sesat seperti ini.”

Dr Na’im juga berharap untuk mendapatkan kerjasama MCMC bagi memantau ajaran yang disebarkan melalui media sosial tersebut.

Beliau menambah pihaknya ingin kandungan yang dipaparkan menerusi wadah TikTok kumpulan itu misalnya untuk dihentikan dan diturunkan agar ia tidak dapat ditonton pengikutnya.

Ini kerana tidak semua orang mempunyai ilmu agama (yang cukup) dan bimbang mudah terpengaruh, katanya.

“Saya lihat mereka yang faham agama memang bagi komen negatif pada kumpulan itu (ketika penstriman), tetapi ada juga yang mungkin ilmu agamanya cetek.

“Mereka ini tidak tahu yang mana individu tersebut menyebut kalimah dalam bahasa Arab tertentu dan kami bimbang golongan ini menyanjung tinggi (kumpulan ini) kerana merasakan mereka orang agama.

“Ini yang kami tak mahu kerana orang kita, apabila mendengar istilah Arab, akan mudah terpengaruh dan mengatakan mereka tok guru,” katanya.

Penstriman pada 6 Mac oleh kumpulan itu mendakwa Kaabah tidak lagi berada di Makkah, sebaliknya ia terletak di Petra, Jordan.

Ini di samping kemunculan Imam Mahdi sebagai jelmaan semula imam ke-12 Syiah, antara lain.

Tiga lelaki dikesan menggunakan nama Kasyfullah, Ahmad Khairul Hadi dan Maznan menyebarkan ‘dakwah’ itu – mereka mendakwa umat Islam ditipu oleh ulama yang bersekongkol dengan kerajaan sejak zaman Khulafa’ ar-Rasyidin. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >