Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Alat dan ubat tiruan RM6.4j dirampas, tiga ditahan di Taiping

Jun 16, 2023 | 3:38 PM
PROSES UBAT PALSU: Peralatan pemprosesan dan ubat-ubatan yang dipercayai tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan ditemui dalam serbuan polis.
PROSES UBAT PALSU: Peralatan pemprosesan dan ubat-ubatan yang dipercayai tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan ditemui dalam serbuan polis. - Foto POLIS DIRAJA MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Dua wanita dan seorang lelaki ditahan dalam operasi polis di makmal pengeluaran ubat tiruan di Taiping, Perak, pada Selasa (13 Jun).

Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Saaduddin berkata serbuan itu menemui peralatan pemprosesan dan ubat-ubatan yang dipercayai tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan.

“Semua peralatan pemprosesan dan ubat-ubatan yang dianggarkan bernilai RM6,369,782 ($1.87 juta) dirampas dan kes sedang disiasat mengikut Peraturan 7(1)(A) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1982,” katanya di sini, Khamis (15 Jun) .

Operasi itu dijalankan oleh Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam serta Kementerian Kesihatan.

Datuk Noorsiah berkata, sepanjang 2022, WCB/PSK telah melakukan dua serbuan membabitkan rampasan bernilai RM3,420,000, dan sejak 1 Jan 2023, sehingga kini, lapan serbuan dibuat dan menyaksikan rampasan bernilai RM12,763,052.

Beliau berkata polis, khususnya Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, komited untuk berhubung dengan kementerian dan agensi kerajaan dalam menangani pelbagai isu ketenteraman awam dan keselamatan masyarakat.

“Operasi bersepadu dengan agensi penguatkuasaan undang-undang lain akan diteruskan dari masa ke masa. Bantuan orang ramai dalam menyalurkan maklumat amat digalakkan supaya jenayah seperti ini dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya. – Bernama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg