Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Ancaman bom palsu ganggu 19 sekolah di Malaysia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ancaman bom palsu ganggu 19 sekolah di Malaysia

Nov 22, 2023 | 01:02 PM



KUALA LUMPUR: E-mel mengandungi maklumat palsu tentang bom yang mengganggu kelas di 19 sekolah di serata Malaysia dipercayai dihantar ke 70 sekolah di Jamaica awal November ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.


Tan Sri Razarudin berkata siasatan terhadap kandungan e-mel itu mendedahkan bahawa ia pada asalnya ditulis dalam bahasa Inggeris dan kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia.

“Kandungan yang sama turut dihantar ke 70 sekolah di Jamaica pada 12 November lalu, menggunakan penyedia perkhidmatan e-mel sama.

“Siasatan kini memfokuskan sama ada insiden di Malaysia ini ada kaitan dengan kejadian di Jamaica yang dipercayai didalangi individu yang mungkin pernah mengalami penderaan zaman kanak-kanak dan kurang perhatian.

“Tetapi itu juga dikatakan mempunyai kepakaran dalam bidang perisian komputer, untuk melindungi identitinya,” kata Tan Sri Razarudin, dipetik The Star.


Beliau berkata 19 sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan, dilaporkan menerima e-mel sama.

“Sebaik sahaja polis menerima maklumat mengenai ancaman bom, tindakan telah diambil untuk mengosongkan bangunan tersebut.

“Pihak polis termasuk unit pemusnah bom menjalankan operasi mengesan bom,” katanya sambil menambah bahawa tiada ancaman ditemui.

Polis, katanya, telah memulakan siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menyalahgunakan kemudahan rangkaian.

Di Pulau Pinang, pemangku OCPD George Town, Superintenden V. Saravanan, berkata kedua-dua sekolah – sekolah Jepun swasta dan sekolah antarabangsa – membuat laporan polis selepas menerima e-mel itu.

Superintenden Saravanan berkata unit K9 telah dihantar ke kedua-dua sekolah, sambil menambah bahawa tiada perkara yang mencurigakan ditemui di kedua-dua lokasi.

Di Perak, ketua polis negeri, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata mereka menerima laporan ancaman bom di sebuah sekolah antarabangsa. Laporan itu dibuat sekolah di Meru Raya itu pada 10.10 pagi Selasa.

“Pihak pengurusan sekolah menerima e-mel daripada individu tidak dikenali mengenai ancaman bom di bangunannya. Kami bertindak pantas dan memanggil unit pemusnah bom polis untuk melakukan sapuan menyeluruh di premis itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Di Johor pula, lima sekolah swasta menjadi sasaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >