Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Sekolah antarabangsa di Selangor, KL terima ancaman bom: Polis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Sekolah antarabangsa di Selangor, KL terima ancaman bom: Polis

Nov 21, 2023 | 04:00 PM



PETALING JAYA: Beberapa sekolah antarabangsa di kawasan Lembah Klang telah menerima ancaman bom pada Selasa.


Difahamkan, salah sebuah sekolah di Kajang telah memindah keluar pelajar dan kakitangannya selepas menerima satu e-mel mengenai ancaman itu antara 9.30 pagi dengan 10 pagi pada Selasa.

Ibu bapa pelajar telah dimaklumkan mengenai ancaman itu dan diminta segera datang ke sekolah tersebut untuk membawa anak mereka pulang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan kejadian itu, lapor The Star.


“Sebanyak tujuh sekolah menerima ancaman bom di Petaling Jaya, Shah Alam, Kajang, Kuala Langat dan Subang Jaya. Kami sedang menyiasat perkara itu sekarang tetapi kami percaya ia adalah satu (ancaman) penipuan,” kata Datuk Hussein.

“Kami akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian itu tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata dua sekolah antarabangsa di Wangsa Maju turut menerima ugutan serupa.

“Kami baru menerima laporan mengenai kejadian itu dan anggota kami sedang menyiasat perkara itu,” katanya.

Pada Oktober, polis Malaysia turut menerima satu ancaman bom yang didakwa terdapat di pusat beli-belah Mid Valley Southkey di Johor Bahru.

Pada masa itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihak pengurusan pusat beli-belah dan hotel itu telah menerima panggilan telefon dipercayai daripada seorang lelaki warga asing pada 6.10 petang pada 14 Oktober.

“Individu itu mendakwa meletakkan bom di sekitar pusat beli-belah dan hotel.

“Susulan laporan itu, polis mengerahkan 92 pegawai dan anggota polis ke lokasi pada 6.15 petang termasuk dua unit K-9, untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Susulan penilaian menyeluruh, Datuk Kamarul mengisytiharkan premis selamat untuk penyewa, pekerja, tetamu dan pembeli kembali pada 15 Oktober 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >