Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anggota polis trafik M’sia minta dibayar RM100 disiasat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anggota polis trafik M’sia minta dibayar RM100 disiasat

Jan 29, 2024 | 11:51 AM



“Bayar sini RM100 ($28.37), bayar di balai (polis) RM300.”

Demikian dialog pada satu video tular memaparkan seorang lelaki dipercayai anggota polis trafik yang dirakam mengeluarkan ungkapan tersebut ketika menahan sepasang pelancong asing yang dikatakan memandu kenderaan melebihi had laju.

Polis memaklumkan pihaknya sedang menyiasat berkaitan video itu. Video berkenaan telah dirakam pasangan itu yang juga pempengaruh media sosial dari Britain yang kemudian memuat naiknya di platform YouTube.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata pihaknya mengesan video mengenainya yang tular di media sosial pada petang 28 Januari.

Dalam satu kenyataan pada 28 Januari, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan bertoleransi seandainya kejadian tersebut benar-benar berlaku dan tidak berkompromi dengan sebarang salah laku mana-mana anggota keselamatan.

“Pada kira-kira 4.30 petang 28 Januari, JSPT mengesan video tular di platform YouTube dan media sosial lain mengenai tindakan anggota trafik menyaman dan menawarkan bayaran saman di lokasi kejadian ke atas pasangan dari Britain yang sedang melakukan jelajah Malaysia.

“JSPT mengambil maklum kejadian yang berlaku dan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi menyiasat dakwaan tersebut serta tidak akan bertoleransi dengan sebarang salah laku oleh mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat,” katanya dalam kenyataan itu.

Datuk Mohd Azman berkata JSPT menasihatkan orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak tepat dan kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Terdahulu dalam video yang tular, individu dipercayai anggota polis dirakam menahan kenderaan dipandu wanita warga asing berkenaan bersama suaminya, yang didakwa melakukan kesalahan memandu melebihi had laju.

Menurut perbualan dalam video berkenaan, anggota terbabit mendakwa pasangan berkenaan memandu selaju 80 kilometer sejam (km/j), melebihi had laju di laluan itu iaitu 60 km/j lalu mengeluarkan saman RM300.

Bagaimanapun anggota terbabit menawarkan diskaun saman daripada RM300 menjadi RM100 jika dibayar terus kepadanya di lokasi kejadian.

Menerusi klip video itu, pasangan berkenaan mendakwa keliru dengan tindakan anggota terbabit namun memilih untuk menerima tawaran diskaun berbanding membuat pembayaran di balai polis.

Kedua-dua pasangan berkenaan terkenal di YouTube dalam edisi jelajah Malaysia menggunakan van dan dipercayai dalam perjalanan ke Ipoh, Perak, ketika kejadian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >