Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Angkara salah faham, bapa silap hantar anak ke sekolah berbeza

Mar 14, 2024 | 4:00 PM
Pelawak Malaysia, Shahrol Azizie Azmi (dua dari kanan), tersilap hantar anaknya, Iskandar Rizqi, 7 tahun, ke sekolah yang salah pada 12 Mac. Gelagat itu dimuat naik di akaun Instagram beliau dan tular di media sosial.
Pelawak Malaysia, Shahrol Azizie Azmi (dua dari kanan), tersilap hantar anaknya, Iskandar Rizqi, 7 tahun, ke sekolah yang salah pada 12 Mac. Gelagat itu dimuat naik di akaun Instagram beliau dan tular di media sosial. - Foto INSTAGRAM/SHAHROL_SHIRO

JOHOR BAHRU: Seringkali jika ibu bapa mendapat panggilan telefon dari pihak sekolah, ia adalah angkara salah laku si anak atau anak tersebut jatuh sakit.

Tetapi bagi pelawak terkenal Malaysia Shahrol Azizie Azmi, atau lebih dikenali sebagai Shahrol Shiro, beliau mendapat panggilan dari pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Melayu Kluang kerana menghantar anaknya, Iskandar Rizqi, 7 tahun ke sekolah yang salah.

Rizqi sepatutnya bersekolah di SK Tunku Mahmood tetapi Shahrol tersilap menghantar anakya itu ke SK Kampong Melayu.

Gelagat beliau dimuat naik dalam satu video di akaun Instagram Shahrol pada 13 Mac dan tular di media sosial.

View post on Instagram
 

Hantaran tersebut telah meraih lebih 32,000 ‘likes’ dan lebih 1,000 komen setakat ini.

Dalam video itu, beliau beranggapan anaknya itu disekolahkan di SK Kampung Melayu memandangkan isterinya seringkali menyatakan Rizqi dihantar ke sekolah Kampung Melayu.

Beliau menyatakan kejadian itu berlaku pada 12 Mac, pada hari kedua sesi persekolahan dibuka.

“Dalam otak saya, inilah sekolah Kampung Melayu,” jelas Shahrol.

Beliau hanya menyedarinya selepas beberapa jam selepas mendapat panggilan pihak sekolah dan menambah proses kemasukan dan pendaftaran diuruskan isterinya.

Hantaran beliau menjelaskan: “Atas faktor kesibukan kerja, saya minta bantuan isteri untuk uruskan kemasukan darjah satu sekolah anak.

“Dalam perbincangan ingin masukkan Iqi (nama gelaran Rizqi) untuk ke sekolah yang mana, ada dua sekolah yang disebut.

“Iqi sudah siap masuk kelas belajar tapi dia pelik apabila lihat padang tak sama macam sekolah dia pergi sebelum puasa. Terus dia jumpa cikgu dan maklumkan ‘Cikgu, rasanya saya salah sekolah ni’.”

Guru sekolah berkenaan dilihat menegur kecuaian Shahrol sambil menyatakan anaknya seorang yang bijak kerana menyedari berada di sekolah yang salah dan terus memaklumkan guru kelas.

Salah seorang kakitangan SK Kampung Melayu dilihat sempat berseloroh dan berkata: “Tak tahu sekolah? Kau ni mabok eh?”

Kakitangan sekolah kemudian mengambil peluang untuk merakam kenangan yang mencuit hati itu.

Susulan itu, Shahrol sempat memberi nasihat: “Kepada ayah di luar sana, jangan lakukan kesilapan sebegini.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg