Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Fenomena ‘El Nino’: Sekolah di M’sia elak kegiatan luar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Fenomena ‘El Nino’: Sekolah di M’sia elak kegiatan luar

Mar 12, 2024 | 01:01 PM



IPOH: Sebarang kegiatan luar bilik darjah sekolah di Malaysia boleh ditangguhkan jika fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini bertambah buruk.


Timbalan Menteri Pendidikan, Encik Wong Kah Woh, berkata pihaknya tidak mahu sebarang perkara di luar jangkaan berlaku, terutama membabitkan kesihatan pelajar.

“Buat masa ini Kementerian Pendidikan akan terus berkolaborasi dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memantau keadaan cuaca dan juga status kesihatan pelajar ini.

“Kita juga akan keluarkan garis panduan dari semasa ke semasa kepada pihak sekolah bergantung pada keperluan keadaan. Apa-apa pun keutamaan adalah kepada kebajikan dan kesihatan anak-anak,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Pada 4 Februari, Menteri Pendidikan, Cik Fadhlina Sidek, meminta guru dan ibu bapa memantau keadaan anak mereka ketika berdepan cuaca panas akibat El Nino.


Cik Fadhlina turut menjelaskan KPM mempunyai garis panduan berkaitan fenomena cuaca yang digunakan bagi memberikan peringatan dan nasihat mengikut keadaan semasa di peringkat sekolah.

Umat Islam di Malaysia menyambut Ramadan dengan negara mengalami cuaca panas dan kering melampau atau El Nino, yang juga menjadi fenomena global.


Pada 9 Mac, KKM merekodkan 15 kes strok haba sejak minggu pertama hingga minggu ke-10 pada 2024.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata ia membabitkan tujuh kes masing-masing di Perak dan Kedah serta satu di Sabah.

Daripada jumlah itu, katanya, empat membabitkan strok haba dan 11 kelesuan haba. Tiada kematian dilaporkan setakat ini.

“Semua pesakit berusia antara 17 hingga 50 tahun dan semua kes yang mendapatkan rawatan pesakit luar sudah sembuh kecuali satu kes yang dilaporkan pada 26 Februari lalu,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >