Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anwar arah kemuka laporan kemajuan projek kerajaan setiap bulan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar arah kemuka laporan kemajuan projek kerajaan setiap bulan

Jan 08, 2024 | 02:15 PM



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan semua kementerian, jabatan dan agensi mengemukakan laporan bulanan berkaitan perkembangan serta sumbangan penjawat awam dalam melaksanakan projek kerajaan.


Beliau berkata laporan terbabit perlu melalui Ketua Pengarah dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk dimaklumkan kepadanya.

“Selalunya, apabila ketua jabatan, KSU jumpa dalam perbincangan (dengan) saya, dalam mesyuarat jawatankuasa Kabinet, semua mencadangkan minta peruntukan, tambah projek... ya ia memang dibolehkan.

“Tetapi ada kaedah baru nak kita perkenalkan, mesti ada laporan bulanan, apa yang dilakukan, apakah sumbangan saudara dalam usaha melaksanakan projek itu,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Puspanitapuri di Putrajaya pada 8 Januari.

Datuk Anwar berkata kaedah baru itu penting supaya semua agenda kerajaan dapat dicerakinkan sama ada dalam peralihan tenaga, transformasi digital, pelan perindustrian atau Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Katanya, sebab itu kerajaan Malaysia tidak meneruskan lagi dengan cara rundingan terus untuk mengelakkan kecelaruan dan salah guna.

“Saudara diamanahkan, kita semua diamanahkan, kita tak tunggu laporan satu tahun, setiap bulan ada kemajuan yang jelas dan sumbangan saudara melaksanakan sama ada menjadikan negara ini seperti mana didoakan negara Madani atau ekonomi Madani.

“Jadi saya harap hal ini dapat dilakukan bersama usaha perubahan semua dan saudara tahu dalam sistem politik, dalam kerajaan, jemaah menteri, kita juga cuba melakukan kaedah baru, meneruskan kalau ada yang baik dahulu, kita teruskan tetapi pendekatan kita harus berubah,” jelasnya.

Beliau berkata setiap kementerian harus ada pendekatan lebih berani.

“Walaupun ada pelbagai hal, saya yakin insya-Allah kerajaan kita stabil dan oleh kerana stabil ini, kita nak guna sepenuhnya untuk melaksanakan program bagi mengangkat martabat negara kita,” katanya.

Datuk Anwar menegaskan akan terus menggunakan ayat al-Quran serta tafsiran dalam ucapannya biarpun sebelum ini menerima kritikan berhubung petikan surah al-Kahfi.

Namun beliau mendedahkan beliau akan merujuk dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terlebih dahulu bagi mengelak ia menjadi bahan kontroversi.

“Saya syukur kerana apa dilontarkan di perhimpunan Jabatan Perdana Menteri ini menimbulkan minat terutama kepada anak muda untuk membaca dan menelaah, bukan sekadar membaca al-Quran tetapi menelaah lebih mendalam.

“Saya anggap (ini) penting (dan) bulan-bulan lain, saya (akan) baca ayat al-Quran lain dan tafsir supaya menggalak ada perbahasan lain tetapi saya rujuk Jakim terlebih dahulu supaya elak daripada kontroversi,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >