Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

MALAYSIA

Drama politik M’sia sampai ke Dubai

Selepas Langkah Sheraton dan Langkah London, Langkah Dubai pula muncul
Jan 07, 2024 | 05:31 AM



Entah bila suhu politik Malaysia boleh reda. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba pula timbul kisah Langkah Dubai, yang dikatakan gerakan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun baru setahun jagung umurnya selepas dibentuk pada 2 Disember 2022 usai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), banyak juga onak dan cabaran perlu dilalui Kerajaan Madani ini. Ternyata, bukan mudah mengekalkan kemantapan politik di Malaysia.

Jika sebelum ini politik negara dihangatkan dengan Langkah Sheraton dan Langkah London, kini Langkah Dubai pula mengambil tempat, namun tidak dapat benar-benar dipastikan adakah ia memang sesuatu yang benar atau hanya khabar angin untuk merancakkan drama politik Malaysia.

Jika dilihat maklum balas pembangkang mengenai Langkah Dubai, mereka katakan ia hanyalah propaganda yang direka kerajaan untuk mengalih tumpuan daripada isu yang menimbulkan kemarahan rakyat, antaranya soal kos sara hidup, kestabilan harga barang dan kelembapan ekonomi.

Namun, di pihak kerajaan pula, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan pihaknya menerima laporan risikan berkaitan Langkah Dubai, sebaik beberapa pemimpin yang dikaitkan dengan gerakan menumbangkan kerajaan itu tiba ke tempat pertemuan di bandar yang terkenal dengan mercu tanda Burj Khalifa itu.

Beliau, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), iaitu blok politik yang bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan, mendedahkan maklumat berhubung rancangan ‘tebuk atap’ itu diperoleh daripada pasukan risikan.

Selepas digembar-gemburkan kira-kira seminggu, sehingga saat ini nampaknya Langkah Dubai yang dikatakan didalangi pemimpin parti pembangkang itu belum menjadi nyata.

Drama politik Malaysia memang tidak pernah sunyi daripada kontroversi dan menjadi kebimbangan bahawa rakyat semakin jelak dengan propaganda politik yang tidak berkesudahan.

Mungkin benar bagai dakwaan sesetengah pihak bahawa ia hanya drama politik yang sengaja dicetuskan, namun tidak mustahil juga ia adalah gerakan yang sedang giat dirancang, namun mungkinkah gagal?

Bak kata pemerhati politik yang juga Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Mohd Mahadee Ismail, tidak dapat dipastikan adakah Langkah Dubai benar-benar wujud, namun menegaskan sebarang cubaan menggulingkan kerajaan tidak sepatutnya berlaku.

Apatah lagi kata beliau, ketika ini negara sedang dihambat pelbagai cabaran yang memerlukan tumpuan oleh kerajaan, maka usaha untuk menjatuhkan kerajaan boleh menggagalkan usaha pemulihan ekonomi yang sedang dilaksanakan kerajaan.

“Pandangan saya tidak ada alasan yang munasabah kenapa kerajaan hari ini perlu ditukar dan kemantapan politik yang dinikmati hari ini perlu diganggu-gugat.

“Mungkin juga ia hanya satu konspirasi politik yang cuba memburukkan pihak tertentu di Malaysia untuk memenuhi agenda tertentu. Sebagai contoh dulu ketika menjadi pembangkang, Datuk Anwar juga sering menguar-uarkan, ‘I have numbers’ untuk menukar kerajaan, tetapi tetap tidak berlaku apa-apa.

“Apa pun pendirian saya jelas, Kerajaan Perpaduan patut diberi peluang untuk terus mentadbir sehingga tamat penggal sekurang-kurangnya lima tahun.

“Dalam usia setahun, tidak banyak boleh dibuktikan kerajaan. Jadi sekiranya Langkah Dubai itu benar-benar wujud, ia satu tindakan tidak bertanggungjawab. Beri peluang mereka (kerajaan) buktikan sehingga habis penggal, jika gagal, biarkan rakyat sendiri mainkan peranan mereka untuk ubah kerajaan,” katanya kepada Berita Minggu.


Ditanya mengapa Malaysia tidak putus-putus dengan drama politik dan adakah ahli politik perlu berhenti kegiatan politiking dan menumpukan usaha membantu rakyat dalam segenap hal, Dr Mohd Mahadee menegaskan bukan satu kesalahan bagi ahli politik terus berpolitik walaupun selepas tamat pilihan raya.

Namun, ia perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab untuk membantu memajukan negara dengan berpolitik secara matang.

“Orang politik ini memang kerja dia main politik sepanjang masa. Mereka dilatih untuk bermain politik. Kalau dia tak main politik, matilah karier mereka. Dalam sebuah negara demokrasi, soal untuk berpolitik itu sesuatu yang bagus.

“Tetapi kita juga kena faham nak berpolitik perlu secara matang dan bukan membabi buta,” katanya.

Beliau mengambil contoh kepimpinan kerajaan ketika Datuk Seri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-9, yang membina jambatan perdamaian untuk meredakan ‘caca marba’ politik dalam negara dengan mengadakan Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik bersama pembangkang.

Langkah matang yang mencatat sejarah perubahan landskap politik negara itu terbukti berjaya mengawal politik negara yang ketika itu sedang mahu pulih daripada kesan cabaran pandemik Covid-19, yang sudah tentu memerlukan tumpuan dan kerja keras daripada semua pihak.

Dr Mohd Mahadee berkata dalam tempoh setahun Datuk Ismail melaksanakan MOU itu, ia berjaya menyumbang kepada kematangan politik negara dan transformasi ke arah pembaharuan tadbir urus serta pemulihan ekonomi negara mungkin Kerajaan Perpaduan boleh melaksanakan perkara sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >