Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anwar cabar pembangkang kemuka usul undi tak percaya di Parlimen

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar cabar pembangkang kemuka usul undi tak percaya di Parlimen

Jan 12, 2024 | 02:41 PM



ISKANDAR PUTERI (Johor): Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencabar pembangkang supaya membawa usul tidak percaya di Parlimen jika mahu menumbangkan Kerajaan Perpaduan pimpinannya.


Beliau berkata Kerajaan Perpaduan sudah memberi peluang kepada usul tidak percaya dibuat, namun langkah itu tidak pernah dilakukan pembangkang sejak setahun lalu.

“Dah lama kita tunggu (usul tidak percaya), dah setahun. Hari-hari kita tunggu, tetapi tak ada, jadi kita tak ada fikir apa-apa.

“Saya tidak fikir mereka ada kekuatan untuk bawa ini (Akuan Bersumpah bagi menumbangkan kerajaan) selain propaganda untuk menipu penyokong supaya tak hilang semangat.

“Saya berbeza pendapat, kalau tak boleh bawa perubahan, patutnya bekerjalah untuk rakyat. Rakyat akan buat pilihan akhirnya,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM) pada 11 Januari.


Beliau berkata demikian selepas majlis ramah mesra bersama warga Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), di Iskandar Puteri, Johor, pada 11 Januari.

Datuk Anwar mengulas cadangan Ahli Parlimen (AP) Pasir Gudang, Encik Hassan Abdul Karim, bahawa sokongan terhadap seseorang Perdana Menteri harus diputuskan melalui undi percaya di Dewan Rakyat dan bukannya berdasarkan Akuan Bersumpah (SD).

Pada 9 Januari, Encik Hassan dilaporkan mengulas laporan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin, yang mendakwa bahawa pembangkang telah berjaya memperoleh sekitar 120 SD untuk menjatuhkan pentadbiran Datuk Anwar.

Mengulas lanjut, Datuk Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata pandangan Encik Hassan mengenai undi tidak percaya itu adalah langkah yang sepatutnya diambil pembangkang.

“Itu pandangan yang sesuai kerana (setiap) hari orang tanya… langkah Dubailah. Sekarang dah terbukti semua itu hanyalah sekadar politik cemas (dalam) kalangan mereka yang kehilangan modal.

“Saya nasihatkan Jemaah Menteri, pimpinan dan kerajaan supaya tumpu untuk bangunkan negara. (Pada) 2024 ini fokus kita adalah pembangunan dan keutuhan negara,” katanya.

Ditanya sama ada SD yang didakwa dimiliki pembangkang itu sebagai tidak sah, Datuk Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau tidak pasti dengan kesahihan dakwaan itu.

Pada 9 Januari, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan dakwaan Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai SD yang mencukupi untuk menukar kerajaan, sebagai tidak boleh diterima dan tidak sah.

Pada 7 Januari, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, dilaporkan berkata PN sudah mempunyai jumlah SD yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Namun pada 8 Januari, Pejabat Ketua Pembangkang menafikan dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada 118 AP daripada PN untuk datang menghadap beliau bersama SD masing-masing, sebagaimana yang tersebar luas di media sosial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >