Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu dakwa 10 AP kerajaan Madani bakal pindah ke PN

Dec 2, 2023 | 2:33 PM
BERI BAYANGAN: Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata 10 AP kerajaan akan berpindah ke Perikatan Nasional tidak lama lagi.
BERI BAYANGAN: Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata 10 AP kerajaan akan berpindah ke Perikatan Nasional tidak lama lagi. - Foto BHM

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 10 Ahli Parlimen (AP)  kerajaan ‘Madani’ dari pelbagai parti mungkin sedang berusaha mendapat sokongan dan menyertai Perikatan Nasional, kata Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. 

Beliau, ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), berkata AP ingin berpindah termasuk dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kecewa dengan kerajaan yang dianggap mereka dipimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP).

“Daripada menambah kepada spekulasi lebih ramai AP Bersatu menyokong kerajaan, saya fikir perbincangan tentang AP kerajaan, termasuk daripada Barisan Nasional dan PKR yang menyokong PN untuk membentuk kerajaan baru adalah lebih realistik.

“Saya dengar lebih daripada 10 AP mahu bertukar haluan. Mereka sedang mengkaji isu-isu yang melanda kerajaan hari ini dan sedar bahawa ia dipimpin oleh DAP,” katanya. 

Namun, Datuk Redzuan  iaitu mantan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi enggan menamakan AP yang didakwanya berhasrat berpindah parti itu. Beliau juga tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong kenyataannya. 

Pada 28 November,  AP Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, dari Bersatu menyertai sekumpulan AP pembangkang yang menyatakan sokongan untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Empat AP Bersatu telah berikrar untuk menyokong kepemimpinan Datuk Anwar. 

Mereka ialah Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Encik Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Encik Zahari Kechik (Jeli). 

Dengan sokongan lima AP Bersatu, Datuk Anwar seharusnya kini mempunyai 152 Ahli Parlimen bagi pihaknya. Namun ini tidak dapat disahkan sehingga undian berkumpulan diadakan di Dewan Rakyat.

Akhbar di Malaysia, Sinar Harian, baru-baru ini melaporkan sekurang-kurangnya lapan AP Bersatu dari Perak dan Kedah akan menyusul langkah lima AP menyokong Datuk Anwar tidak lama lagi. 

Namun, Datuk Redzuan berkata kedudukan Datuk  Anwar masih goyah kerana  satu daripada 17 parti komponen kerajaan bersepadu akan keluar tidak lama lagi untuk menyokong PN. 

“Walaupun kerajaan bersepadu mendapat sokongan 154 AP, sokongan itu masih ‘rapuh’. Saya gesa ahli PN supaya tidak berpindah kerana mereka akan menyesal apabila kami membentuk kerajaan tidak lama lagi,” katanya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg