Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anwar gesa jabatan awam usah berlebihan adakan sambutan Raya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar gesa jabatan awam usah berlebihan adakan sambutan Raya

Apr 02, 2024 | 12:40 PM



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata jabatan dan agensi kerajaan tidak harus berlebihan semasa menganjurkan sambutan Hari Raya.


Beliau berkata mereka mesti bijak apabila membelanjakan dana awam, terutamanya untuk hal seperti perayaan dan sambutan.

“Kita mesti berwaspada kerana masih ada antara kita yang kurang kemampuan dan mungkin tidak mempunyai kemudahan, yang semuanya harus kita lihat dan usahakan untuk menambah baik,” katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan pada 2 April.

Datuk Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengingatkan agensi dan jabatan supaya tidak berlumba-lumba dalam menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri mereka.

“Janganlah bersaing siapa lebih megah... bukan duit kamu pun. Buatlah yang sederhana sahaja,” katanya, lapor The Star.


Beliau juga berkata rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri secara besar-besaran tidak akan diadakan di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri.

Sebaliknya, beliau akan menyertai beberapa Hari Raya anjuran kementerian di beberapa negeri.

Beliau juga mengumumkan bahawa pihaknya tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana pada 2024.

Sebaliknya, Datuk Anwar berkata beliau akan mengikuti dan menghadiri majlis di negeri-negeri yang dianjurkan menteri-menteri.

“Saya akan menyertai acara-acara itu supaya tiada kos tambahan akan ditanggung,” katanya.

Sejak memegang jawatan perdana menteri, Datuk Anwar telah menghentikan acara rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Seri Perdana.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau meminta ketua agensi dan ketua jabatan kerajaan manfaatkan cuti raya di kampung dengan berjumpa wakil penduduk atau persatuan belia bagi mengenal pasti masalah yang ada di tempat masing-masing.

“Semua ketua jabatan, ketua agensi bila balik kampung asal mereka bantu bangunkan, bukan balik kampung jumpa keluarga saja tapi jumpa semua jawatankuasa masjid, jawatankuasa belia, kampung dan sebagainya.

“Cuba cari jalan untuk bantu mereka kenal pasti siapa yang paling miskin atau anak yatim tidak mampu ke sekolah,” ujarnya.

Datuk Anwar melahirkan keyakinan pengalaman yang pegawai kanan kerajaan ada dapat membantu kampung asal mereka dibangunkan dengan lebih baik, lapor Free Malaysia Today.


Sementara itu, Datuk Anwar berkata keputusan kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam dibuat selepas mengambil kira kos sara hidup yang diakui meningkat sedikit ketika ini, selain memenuhi keperluan untuk menyambut Aidilfitri.

“Saya telah jelajah ke Sarawak, Pahang, Perak dan Perlis, saya lihat masih ada penjawat awam di peringkat bawah mengeluh kerana kos sara hidup yang meningkat sedikit,” katanya, lapor Malaysiakini.


Pada 1 April, Datuk Anwar mengumumkan BKK Aidilfitri RM500 ($142) bagi penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada 5 April, di samping BKK Aidilfitri RM250 untuk semua pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >