Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anwar kecewa pegawai Kastam di KLIA terlibat rasuah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar kecewa pegawai Kastam di KLIA terlibat rasuah

Apr 01, 2024 | 01:19 PM



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kecewa dengan laporan sindiket penyeludupan membabitkan 34 anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang dipercayai menerima wang rasuah bernilai lebih RM4.7 juta ($1.34 juta).


Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata walaupun ketirisan itu melibatkan satu jabatan kecil di bawah kementeriannya, ia mengakibatkan negara kerugian hampir RM2 bilion.

Bagaimanapun, katanya, selain kes terbaru itu, beliau dimaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa pimpinan kanan penjawat awam masih terhindar daripada sebarang penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

“Kita pastikan pimpinan sentiasa diingatkan dan sehingga kini dengan mendapat maklumat daripada badan penguatkuasaan termasuk SPRM, pimpinan dan pimpinan kanan penjawat awam masih terhindar dari masalah penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

“Tetapi masih berlaku ‘kecurangan’ yang bagi saya sangat mengesankan dan menyedihkan termasuk berita baru-baru ini daripada JKDM yang di bawah pengawasan saya di Kementerian Kewangan.

“Orang yang meremehkan isu rasuah lupa bahawa dalam satu jabatan, satu jabatan kecil dari pasukan atau keluarga Kastam keseluruhannya itu masih boleh menyebabkan kerugian hampir RM2 bilion kepada negara,” katanya pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 1 April, lapor portal Free Malaysia Today.


Pada 29 Mac, SPRM mendedahkan jumlah ketirisan melibatkan anggota Kastam itu mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata setakat ini, seramai 34 anggota penguat kuasa dan 27 individu serta pemilik syarikat ditahan menerusi Op Samba 2.0 kerana melindungi dan memudahkan aktiviti penyeludupan sindiket itu.

Beliau berkata anggota dan pegawai penguat kuasa berusia 30 hingga 50 tahun ditahan selepas dipercayai menerima wang rasuah lebih RM4.7 juta daripada sindiket bagi memudahkan kegiatan penyeludupan tembakau kunyah, rokok, arak, produk kesihatan dan alat ganti kenderaan.

Sementara itu Perdana Menteri turut menyentuh mengenai harga barangan keperluan seperti ayam, telur dan minyak masak yang masih rendah dan stabil, jika dibandingkan ketika di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.

Beliau berkata masih ada sesetengah pihak yang menyelar Kerajaan Madani seolah-olah tidak melakukan apa-apa bagi menangani soal kos sara hidup rakyat.

“Jangan lupa sekitar 2021 dan 2022 harga ayam adalah RM13 (sekilogram), sekarang jauh lebih rendah ada yang RM9/kg, RM9.50/kg.

“Dia (pembangkang) ingat kita lupa, masa dia jaga (mentadbir kerajaan) (harga) minyak masak lima kg cecah RM45 hingga RM50, sekarang sekitar RM27. Telur ayam, sampai tiada telur (dalam pasaran). Sekarang alhamdulillah stabil,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >