SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Anwar gesa PKR Johor gerakkan kekuatan parti jelang PRU

Anwar gesa PKR Johor gerakkan kekuatan parti jelang PRU

Jawatan ketua tidak jamin pemilihan calon, lihat pada komitmen kerja
Apr 6, 2026 | 2:22 PM

Anwar gesa PKR Johor gerakkan kekuatan parti jelang PRU

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

JOHOR BAHRU: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengingatkan semua cawangan PKR di Johor agar segera menggerakkan kekuatan parti menjelang pilihan raya umum (PRU).

Beliau menegaskan, jawatan ketua cabang, ketua wanita, atau ketua pemuda tidak menjamin pemilihan sebagai calon PRU.

Datuk Anwar bertegas tidak akan menandatangani watikah pencalonan selagi sokongan cawangan belum kukuh berdepan PRU, lapor MalaysiaGazette.

“Tak ‘perform’ (melaksanakan tugas) di cabang, jangan buat tuntutan.

“Kita banyak pengalaman yang merajuk, nak bantah, nak keluar, itu semua kita sudah lalui, yang jadi tonggaknya dan keputusan akhir adalah kekuatan sokongan.

“Bila nak PRU, bicaranya hebat, teorinya banyak, strateginya canggih tapi kekuatan bawah hambar. Justeru, diingatkan supaya gerakkan kekuatan parti.

“Ketua cabang bukan automatik jadi calon, ketua wanita, ketua pemuda juga bukan, tapi yang automatik jadi calon itu, mereka yang bekerja, berdedikasi dan mampu menangkan parti,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Johor di Ekoflora, Johor Bahru, pada 5 April.

Datuk Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut mengingatkan semua ahli PKR agar tidak terlalu selesa setelah menjadi kerajaan, sebaliknya terus kuat memperkukuh sokongan parti.

Sehubungan itu, Datuk Anwar berkata setiap ahli perlu menunjukkan keikhlasan dan komitmen kerja yang tinggi dalam membina kekuatan khususnya di peringkat akar umbi.

“Kita perlu ingat, bukan mudah untuk berada di kedudukan pada hari ini.

“Parti ini penuh dengan perjuangan, kalau mahu pertahankan kedudukan, kita perlu tunjuk contoh yang baik.

“Ini kerana kita belum ada kekuatan untuk putuskan semua perkara. Jadi, kita perlu persiapkan diri sebelum tibanya pilihan raya,” ujarnya.

“Bila nak PRU, bicaranya hebat, teorinya banyak, strateginya canggih tapi kekuatan bawah hambar. Justeru, diingatkan supaya gerakkan kekuatan parti. Ketua cabang bukan automatik jadi calon, ketua wanita, ketua pemuda juga bukan, tapi yang automatik jadi calon itu, mereka yang bekerja, berdedikasi dan mampu menangkan parti.”
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg