Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anwar tidak ‘ambil pusing’ Langkah Dubai

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar tidak ‘ambil pusing’ Langkah Dubai

Jan 03, 2024 | 10:47 AM



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ‘mengambil pusing’ mengenai rancangan sulit dinamakan Langkah Dubai untuk menggulingkan kerajaan.


Beliau berkata rancangan yang dikepalai segelintir pihak itu tidak memberi kesan kepada gerak kerja kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat terbela.

“Saya ada terbaca mengenai Langkah Dubai di media sosial tetapi bagi saya, kita tumpu soal kerja.

“(Langkah Dubai) itu kerja mereka (pembangkang), bagi saya ia tidak memberi kesan (kepada kedudukan Kerajaan Perpaduan),” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) di sini pada 2 Januari.

Datuk Anwar menegaskan tumpuan Kerajaan Perpaduan pimpinannya ketika ini adalah untuk membangunkan negara dan menjaga kebajikan rakyat, lapor Berita Harian Malaysia.


Sebelum ini, wujud desas-desus mengenai Langkah Dubai didakwa digerakkan pemimpin parti pembangkang, termasuk beberapa wakil tertentu kerajaan bermatlamat menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Anwar.

Perkara itu didedahkan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop.

Selain pemimpin pembangkang, Langkah Dubai didakwa turut disertai tokoh politik veteran berpengaruh bergelar Tun yang bersekongkol dengan pembangkang, termasuk dituduh menggunakan ‘sumber asing’ untuk menggulingkan pentadbiran diterajui Datuk Anwar.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) menafikan wujudnya rancangan seumpama itu.

Beberapa pemimpin khususnya Ahli Parlimen (AP) daripada blok kerajaan yang dikaitkan dengan rancangan itu turut menafikan pembabitan mereka dalam komplot berkenaan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengakui menyedari rancangan sulit Langkah Dubai untuk menggugat kedudukan kerajaan, namun menyifatkan usaha itu hanya membuang masa.

Mengulas Langkah Dubai itu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata pihaknya bodoh.

Menurutnya, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinannya hanya mempunyai 23 kerusi di Parlimen dan beliau tidak berminat menerima jawatan Perdana Menteri hanya kerana mahu menyertai pakatan bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, mempersoalkan mengapa Kerajaan Perpaduan perlu bimbang akan Langkah Dubai yang didakwa muncul, sedangkan mereka mengaku memiliki sokongan majoriti dua pertiga AP.

Beliau turut menempelak pihak yang menuduh pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS mendalangi gerakan itu dalam usaha menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Anwar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >