Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ismail Sabri nafi terbabit ‘Langkah Dubai’ untuk jatuhkan kerajaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ismail Sabri nafi terbabit ‘Langkah Dubai’ untuk jatuhkan kerajaan

Jan 02, 2024 | 01:20 PM



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengesahkan beliau tidak berada di Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE), sekali gus menafikan dirinya terbabit dalam gerakan didakwa mahu menjatuhkan kerajaan negara itu.


Beliau berkata adalah satu fitnah sekiranya dirinya dikaitkan dengan gerakan berkenaan.

“Saya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu (gerakan menjatuhkan), saya tidak terbabit, malah tidak juga ada di sana (Dubai).

“Ketika (dakwaan) itu saya berada di Makkah dan Madinah untuk menunaikan ibadah umrah,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Pada 30 Disember, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Ismail Yusop, dilaporkan mendakwa wujud satu gerakan yang sedang dirancang bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didalangi pemimpin parti pembangkang bersama wakil kerajaan.

Datuk Ismail mendakwa rancangan digelar sebagai ‘Langkah Dubai’ timbul sewaktu percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN), termasuk daripada pihak kerajaan di ibu kota UAE, baru-baru ini.

“Pertemuan itu berlangsung untuk berunding, selain menetapkan tugas tertentu kepada ‘pegawai’ yang dipertanggungjawab untuk mengenal pasti Ahli Parlimen (AP) yang berpotensi beralih sokongan kepada pembangkang dengan sogokan, semata-mata mahu menubuhkan kerajaan ‘tebuk atap’,” katanya lapor BHM pada 30 Disember.

Datuk Ismail Sabri berkata beliau baru pulang ke tanah air pada 31 Disember dan tidak berada di Dubai atau menemui mana-mana pihak seperti yang didakwa.

“Pada 24 Disember lalu, saya tiba di Madinah dari Kuala Lumpur. Dua hari selepas itu (26 Disember) saya ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah.

“Saya kemudian terbang ke Kuala Lumpur dari Makkah dan tiba ke Kuala Lumpur kira-kira pada waktu awal pagi,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,mengakui menyedari rancangan sulit dipanggil ‘Langkah Dubai’ untuk menggugat kedudukan kerajaan, namun menyifatkan usaha itu hanya membuang masa.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya di sini pada 2 Januari, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno itu menjelaskan, sebarang langkah menukar kerajaan menerusi akuan bersumpah bukan satu cara yang baik.

“Laporan dari segi perisikan memang kami peroleh seawal penerbangan mereka sampai ke tempat itu (di Dubai). Laporan selepas itu kami peroleh juga, tapi pada hemat kami, langkah itu hanya buang masa.

“Tidak ada langkah yang mendasarkan keputusan itu hanya kepada akuan bersumpah dan saya fikir langkah yang mereka lakukan bukan satu langkah baik kerana mereka sudah lakukan ‘tebuk atap’ ini beberapa kali,” katanya, lapor BHM.


Dalam pada itu seorang Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan yang dikaitkan dengan dakwaan itu menafikan tuduhan beliau turut bersekongkol dalam gerakan ‘Langkah Dubai’.


Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, berkata tuduhan terbabit dalam ‘Langkah Dubai’ sebagai jahat dan sengaja diadakan untuk mencetuskan kegelisahan rakyat dan beliau membuat laporan polis bagi membersihkan namanya.


“Laporan ini bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang dan demi membersihkan nama saya.


“Tindakan undang-undang yang berat akan diambil kepada pemilik akaun YouTube berkenaan yang telah menggunakan media sosial sebagai medium hasutan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada 1 Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >