Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pendakwa: ‘Syed Saddiq arah lupuskan wang RM1j, bimbang disita SPRM’

Apr 17, 2025 | 4:26 PM
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hadir pada prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 17 April.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hadir pada prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 17 April. - Foto KOSMO!

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan pada 17 April berhujah tindakan Ahli Parlimen (AP) Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengarahkan bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Encik Rafiq Hakim Razali, clear-kan wang RM1 juta ($297,868) yang dikeluarkan daripada akaun Armada adalah tidak jujur.

Semasa berhujah, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, berkata Syed Saddiq mengarahkan saksi pendakwaan ke-13 (SP13) untuk clear-kan wang kerana bimbang wang tersebut akan disita pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Bagaimanapun, tertuduh dalam pembelaannya menyatakan beliau tidak pernah mengeluarkan arahan itu.

Semasa disoal balas peguam, SP13 bersetuju beliau menerima arahan tersebut daripada Syed Saddiq.

“Ditanya peguam apa maksud ‘clear-kan’, SP13 menjawab jangan simpan duit itu di dalam rumah saya dan ditanya clear maksudnya dispose? (lupus), SP13 menjawab ‘Ya’,” katanya, lapor Kosmo!.

Sementara itu, seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya, Cik Farah Ezlin Yusop Khan, ketika berhujah mengatakan pembelaan Syed Saddiq berhubung pembayaran balik bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah yang difikirkan kemudian.

Ini kerana perayu tidak pernah memaklumkan kepada SP13 bahawa wang itu adalah sebagai pembayaran balik kepada perbelanjaan kempen berkenaan.

Syed Saddiq kini dalam prosiding merayu di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman empat tuduhan berkaitan dana Armada yang juga sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Keputusan rayuan Syed Saddiq, 33 tahun, sama ada beliau berjaya mengetepikan sabitan dan hukuman atau kekal bersalah akan ditentukan pada tarikh mendengar keputusan yang akan ditetapkan pada 24 April.

Ini selepas panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim selesai mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak pada 17 April.

Mengikut tuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Penolong Bendahari Armada ketika itu, Encik Rafiq, yang diamanahkan dana Armada berjumlah RM1 juta untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu pada 6 Mac 2020.

Bagi tuduhan kedua, bekas Ketua Armada Bersatu itu didakwa menyalahgunakan harta buat diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Encik Rafiq melupuskan wang tersebut di Malayan Banking Berhad.

Syed Saddiq, yang juga bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), berdepan dua tuduhan melibatkan diri dalam kegiatan pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang dikatakan merupakan hasil daripada kegiatan haram.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg