Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Asam garam ‘barista’ tepi jalan di Pulau Pinang sewaktu musim ribut

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Asam garam ‘barista’ tepi jalan di Pulau Pinang sewaktu musim ribut

Dec 12, 2023 | 08:01 PM



BALIK PULAU: Apabila pandemik Covid-19 melanda rantau Asia tenggara awal 2020 hingga menyebabkan kerajaan Malaysia menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada ketika itu, Encik Muhammad Zulkhairi Kasim, mula berjinak-jinak menghasilkan kopi ala kafe barat tersendiri.

Dengan seluruh negara pada ketika itu diperintah berkurung di rumah, Encik Zulkhairi, 32 tahun melepaskan rindu meminum kopi di kafe dengan membeli mesin membancuh kopi untuk menghasilkan latte, cappuccino dan pelbagai lagi jenis kopi lain.

Dua tahun dan sebanyak tiga mesin kopi gantian lain kemudian, beliau, memutuskan untuk membuka perniagaan berkonsep gerai kafe but kereta dan pandu lalu di tepi sebatang jalan raya pada Mac 2022 secara sambilan, bernama Ngopiluu.







Setiap hari, selepas maghrib, Encik Zulkhairi akan memandu kereta Perodua Alza beliau berwarna biru – dengan butnya diubah suai menjadi gerai, dan memuatkan sebuah mesin membancuh kopi dan perkakas lain – sekitar satu kilometer dari rumahnya ke Jalan P. Upih, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Gerai but kereta itu dibuka Isnin hingga Jumaat dari 8 hingga 11 malam dan 6 petang hingga 11 malam pada hujung minggu di tepi sebatang jalan raya.

Antara lain gerainya itu menyediakan pelbagai jenis kopi panas seperti latte, matcha latte, serta pilihan minuman sejuk seperti latte dengan gula melaka.







Namun dengan berniaga di tepi jalan begitu juga mendedahkan kafe milik Encik Zulkhairi itu kepada cabaran cuaca dan persekitaran yang tidak menentu.

Lebih lagi sewaktu tempoh monsun hujung tahun di rantau ini yang antara lain, telah dilaporkan menyebabkan ribut, banjir serta kerosakan harta benda awam di serata semenanjung.

Begitulah yang dialaminya seperti yang dikongsi beliau dalam satu video dimuat naik Encik Zulkhairi di TikTok pada 11 Disember.

Video itu, yang telah ditonton sekitar 60,000 kali sehingga artikel ini ditulis, menunjukkan saat payung besar yang diguna bagi melindungi beliau dari hujan tiba-tiba tumbang akibat tiupan angin kencang. Cuaca pada saat kejadian itu juga kelihatan sedang hujan lebat berserta kilat.







Apabila payung itu tumbang, ia juga menyebabkan meja yang disediakan bagi perkakas lain terjatuh ke lantai.

Rakaman berlangsung selama sekitar 50 saat itu juga menunjukkan Encik Zulkhairi dengan tenang cuba memasang kembali payung itu di tempat asalnya, termasuk menyusun semula perkakas yang telah terjatuh, seperti menu pilihan minuman.

“Boleh tahanlah, tapi biasa sahaja lah,” kata Encik Zulkhairi kepada Berita Harian apabila ditanya bagaimana teruknya keadaan ribut pada malam itu.


Tempat perniagaannya yang juga menghadap padang bola sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan, menurutnya, juga membuat keadaan tiupan angin kencang lebih dahsyat di situ.

“Sebenarnya payung ini ada pemberat di hujung kakinya,” jelasnya.

“Sebelum ini pernah berlaku juga kejadian serupa, tapi payung tercabut daripada pemberat itu.

“Lepas tu memang ada ikat payung ke pemberat tapi bila kejadian semalam (11 Disember) itu berlaku, payung itu terbalik dengan pemberatnya juga,” tulis Encik Zulkhairi lagi menerusi WhatsApp kepada wartawan.

Dalam beberapa kenyataan di platform X yang terdahulu dikenali sebagai Twitter pada 11 Disember, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan bahawa hujan lebat dan ribut petir diramalkan melanda kebanyakan negeri di seluruh negara hingga Rabu, 13 Disember.







Khususnya di Pulau Pinang, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir pada 11 Disember malam yang diramal berlangsung hingga dinihari keesokan hari.

Menurut Encik Zulkhairi, beliau sering menerima bantuan daripada seorang temannya ketika menguruskan gerai but kereta tepi jalan raya. Isterinya juga kerap menemaninya.

Tetapi pada malam kejadian itu kebetulan tiada sesiapa lain yang hadir di sisinya untuk membantu, katanya.

“Kebetulan isteri saya tak ikut semalam. Kalau tidak, ada salah seorang yang akan pegang payung kalau angin ribut,” tambahnya.

Encik Zulkhairi juga berkata, isterinya sedang hamil dan sedang menjangkakan kelahiran cahaya mata pertama pasangan itu tidak lama nanti.

Wartawan doakan segalanya berjalan lancar buat pasangan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >