Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pasangan mempelai M’sia ‘angkat’ ahli BTS naik pelamin

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pasangan mempelai M’sia ‘angkat’ ahli BTS naik pelamin

Dec 08, 2023 | 04:32 PM



Sebahagian kumpulan pop Korea Selatan (Kpop) lelaki, BTS mungkin telah berpisah buat masa ini atas komitmen perkhidmatan negara masing-masing.

Tetapi itu bukan masalah bagi seorang pengantin perempuan di Malaysia yang berjaya ‘mengundang’ tujuh jejaka Korea itu hadir semasa majlis walimah beliau baru-baru ini.

Namun bukan sebagai tetamu yang sebenar.




@enaizsati_

Alhamdulillah everything went well 💜 received one of the best blessings from 7 of them 🤣💜 #bts #wedding #immarried

♬ Butter - 방탄소년단 (BTS)



“P.OV. (pandangan dari sudut diri) ia merupakan hari pernikahan anda, jadi anda jemput tujuh lelaki askar,” tulis mempelai perempuan Cik Ena Izzati Jamri yang diijabkabulkan pada 3 Disember dalam satu video di TikTok.

Dalam video itu yang telah mencatatkan lebih 1.1 juta tontonan, beberapa tetamu pengantin perempuan Cik Ena kelihatan mengangkat sepanduk berdiri berbentuk anggota BTS, Jin, RM, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook ke atas pelamin.

Sementara Cik Ena bergambar dengan ketujuh-tujuh ‘jejaka’ papan itu, pengantin lelaki, Encik Muhamad Nasrul, menunjukkan lapan jari sambil berseloroh - seolah-olah beliau anggota kelapan kumpulan itu.

“Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan bersyukur atas kehadiran mereka bertujuh,” tulis pengantin perempuan lagi.

Menjawab pertanyaan Berita Harian, Cik Ena, 25 tahun, yang kini sedang berbulan madu di Bali dengan suaminya, berkata beliau merupakan peminat setia kumpulan BTS dan aktif menganjur dan menyertai acara kumpulan peminat BTS, dipanggil ARMYies.


“Setiap hari saya dengar lagu mereka dan dalam bilik memang ada rak khas untuk saya letak merch (barangan) BTS yang saya beli.

“Saya memang selalu buat acara dengan ARMYies di Malaysia, jadi sering saya akan bawa standees (sepanduk) itu bila ada acara-acara yang saya anjurkan.

“Cuma sekarang dah jarang buat acara, jadi saya bawa saja-saja.”

Cik Ena berkata keluarganya memang tahu beliau seorang peminat kuat BTS dan mereka rela menerima idea itu bagi acara pernikahannya.

“Ada anggota keluarga saya pun yang minat dengan BTS,” tambahnya.

Dalam laporan media tempatan, Cik Ena berkata beliau pada awalnya tak menjangkakan keluarganya menyokong idea tersebut namun mereka setuju.

Beliau berkata demi membuat kenangan dan kandungan, beliau telah meminta adik-beradik dan saudara beliau membawa naik sepanduk itu ke atas pelamin bagi sesi bergambar.

Suaminya, Encik Nasrul, 25 tahun, juga setuju terhadap idea berkenaan bagi memeriahkan suasana walimah dan telah membantu membawa sepanduk berdiri anggota BTS itu dari rumah mereka di Klang ke tempat majlis berlangsung di Royal Mustika Ballroom, Klang, Selangor.

Namun apa yang menghiburkan ramai warga net dalam TikTok ialah sepanduk Jimin kelihatan sudah patah di bahagian leher, akibat kerap digunakan bagi acara terdahulu.

Walau apa pun, Cik Ena berkata beliau bersyukur dapat seorang suami yang faham dan sokong minatnya.

“Dia pun okay je dengan apa saya buat,” katanya kepada MStar.


“Sekarang pun keluarga kedua-dua belah pihak faham minat dan okay saja bila saya bawa pula ke atas pentas pelamin. Rakan-rakan Armyies pun ada yang dijemput.


“Saya terharu apabila semua sokong minat saya sampai ni sekali,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >