Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Banjir di Johor jejas sekitar 1,500 mangsa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MALAYSIA

Banjir di Johor jejas sekitar 1,500 mangsa

Jan 05, 2024 | 05:17 PM



JOHOR BAHRU: Selepas banjir besar di Terengganu dan Kelantan pada minggu lalu, Johor pula mengalami banjir yang agak buruk dengan jumlah mangsa meningkat kepada seramai 1,488 orang.


Berdasarkan laporan di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, ia membabitkan 387 keluarga di empat daerah terjejas yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 2 petang, 5 Januari.

Bagaimanapun, ada mangsa yang sudah dibenarkan pulang ke rumah berikutan banjir di kediaman mereka sudah surut.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN) Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata Kota Tinggi kini menjadi daerah paling terjejas dengan jumlah mangsa banjir yang semakin meningkat.

Menurut Berita Harian Malaysia (BHM) jumlah mangsa di Kota Tinggi meningkat kepada 723 daripada 180 keluarga kini yang ditempatkan di enam PPS di daerah itu.


“Mangsa banjir di Johor Bahru turut merekodkan pertambahan kepada 420 penduduk daripada 111 keluarga di empat PPS.

“Mersing turut merekodkan peningkatan mangsa kepada 271 orang daripada 71 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Air Papan dan Sekolah Tenglu,” katanya, lapor BHM.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan pada 5 Januari mengeluarkan amaran hujan berterusan buruk (jingga).

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang mungkin berlaku terutama di kawasan berisiko tinggi.

Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah turut diminta memastikan setiap PPS dilengkapi keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Ia harus mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu di Gua Musang, Kelantan, sejumlah hampir 20 tan barangan dan makanan dihantar menerusi udara untuk diagihkan kepada lebih 1,000 keluarga Orang Asli suku kaum Temiar di pedalaman daerah ini yang terputus hubungan akibat banjir.

Mereka mendiami lima pos penempatan iaitu Pos Balar, Pos Bihai, Pos Belatim, Pos Simpor dan Pos Gob, membabitkan 56 kampung yang terkesan dengan kejadian banjir dan tanah runtuh.

Penduduk Orang Asli Kampung Jader, Pos Simpor, Encik Ami Along, 59 tahun, berkata sumbangan yang diterima itu sedikit sebanyak meringankan beban mereka.

Beliau berkata berikutan jumlah keluarga penduduk yang ramai, agihan bekalan makanan yang diterima hanya boleh bertahan hampir seminggu.

“Sejak berlaku kejadian tanah runtuh lebih seminggu lalu kami tidak dapat keluar membeli bahan makanan di Kuala Betis. Jadi kami terpaksa makan apa yang ada sahaja.

“Walaupun kami ada menanam padi sendiri, namun belum sempat menuai hasil, tanaman sudah dirosakkan gajah liar,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >