Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Banjir di Kelantan bawa peluang niaga kepada ibu tunggal

Dec 29, 2023 | 11:04 AM
JUALAN LARIS: Peniaga sosej talam, Cik Saida Fauzi, 55 tahun (kanan), yang juga seorang ibu tunggal, meraih pendapatan berganda setiap kali musim tengkujuh melalui jualan makanan di Kampung Pohon Tanjong di Pasir Mas, Kelantan.
JUALAN LARIS: Peniaga sosej talam, Cik Saida Fauzi, 55 tahun (kanan), yang juga seorang ibu tunggal, meraih pendapatan berganda setiap kali musim tengkujuh melalui jualan makanan di Kampung Pohon Tanjong di Pasir Mas, Kelantan. - Foto BERNAMA

PASIR MAS (Kelantan): Banjir gelombang ketiga yang melanda lapan kampung di Mukim Siram di sini menjadi rahmat kepada seorang peniaga makanan ringan yang menjual ribuan batang sosej talam terkenalnya dalam masa tiga jam sahaja.

Cik Saida Fauzi, 55 tahun, berkata beliau mula menjual sosej itu beberapa hari lalu di Kampung Pohon Tanjong memandangkan kawasan itu merupakan lokasi transit mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Setiap kali banjir, saya akan berniaga di sini bersama dua anak dan dua pembantu. Kami mula berniaga pada 3.30 petang dan dalam masa kurang tiga jam, kami dapat jual semuanya,” katanya, lapor The Star.

Beliau, yang juga seorang ibu tunggal, menjual pelbagai jenis makanan pada harga RM1 ($0.29) hingga RM3 sebatang, selain keropok lekor goreng dan air balang.

Cik Saida berkata permintaan tinggi daripada pelanggan yang membeli makanan ringannya mendorong beliau untuk menggandakan stoknya.

“Saya bawa keropok mentah yang telah dipotong dan pelbagai jenis makanan proses yang sedia untuk dicucuk.

“Apabila tiba di tapak jualan, saya boleh terus menggoreng dan menjualnya kepada pelanggan,” kata Cik Saida yang biasanya berniaga di pasar malam dan tapak ekspo.

Cik Saida berkata beliau sudah berniaga lebih 10 tahun dan itulah sumber pendapatan utamanya.

Setiap kali banjir, katanya, beliau boleh mengaut lebih RM1,000 sehari daripada penjualan di gerainya.

Sementara itu, pelanggan, Cik Rohani Nawi, 58 tahun, berkata beliau membeli sosej talam itu selepas mendengar orang lain memberi pujian mengenainya.

“Selain itu, ramai pembeli memang kelaparan semasa mengharungi banjir,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg