Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Berniaga dalam air demi penuhi keperluan mangsa banjir

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Berniaga dalam air demi penuhi keperluan mangsa banjir

Dec 28, 2023 | 01:32 PM



TUMPAT (Kelantan): Paras air yang memasuki kedai runcitnya sedalam hampir satu meter, tidak menghalang seorang peniaga di sini meneruskan perniagaannya ketika musim banjir ini demi memenuhi keperluan orang ramai.


Peniaga, Encik Mohd Noor Ismail, 35 tahun, berkata sejak 26 Disember, air memenuhi kawasan kampung dan parasnya semakin meningkat menyebabkan sekitar Kampung Kajang Sebidang, di Tumpat, Kelantan, umpama laut.

Beliau yang menjalankan perniagaan runcit sejak setahun lalu, berkata selagi keadaan masih terkawal, beliau tetap membuka kedai runcitnya untuk penduduk kampung yang rata-ratanya datang dengan menaiki perahu atau bot penambang.

“Setiap hari saya buka kedai runcit bermula 7 pagi sehingga 10 malam.

“Namun, berikutan situasi banjir ketika ini, saya tidaklah sehingga selewat itu kerana penduduk pun jarang datang membeli pada waktu malam kerana bimbang keselamatan akibat banjir.

“Walaupun kedai runcit turut dimasuki air, saya tetap meneruskan perniagaan kerana membantu orang kampung yang terputus bekalan makanan dan sukar keluar membeli kerana perlu menaiki bot penambang,” katanya ketika ditemui Berita Harian Malaysia (BHM) pada 27 Disember.


Encik Mohd Noor berkata selain makanan kering, petrol adalah menjadi barangan pilihan pembeli sama ada digunakan untuk motosikal atau pembawa bot penambang.

Katanya lagi, sepanjang musim tengkujuh dan dilanda banjir, beliau tinggal di kedai runcit itu walaupun mempunyai rumah kampung sebelah berikutan bimbang premisnya dipecah masuk.

“Selain itu juga, bimbang juga jika air makin meningkat dan akan menjejas barangan jualan.

“Dari segi bekalan barangan pula, saya tiada masalah untuk keluar menambah stok kerana turut memiliki sebuah bot yang digunakan untuk mengangkut barang jualan,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia meminta semua masjid dan surau di seluruh negara supaya mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan berikutan bencana banjir yang melanda beberapa negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata solat hajat itu juga bertujuan mendoakan keselamatan semua mangsa yang terjejas akibat bencana berkenaan.

Datuk Mohd Na’im berkata beliau sudah mengarahkan agensi dan seluruh jentera jabatan tersebut untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa selain turun padang membantu mangsa banjir menerusi tabung bantuan sedia ada.

“Saya juga akan bersama agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk meninjau dan membantu saudara kita yang terkesan di negeri terjejas,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >