Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Banjir di Selangor, Perak, lebih 700 mangsa dipindah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Banjir di Selangor, Perak, lebih 700 mangsa dipindah

Nov 06, 2023 | 12:53 PM



KUALA LUMPUR: Ketika banjir di Perak semakin pulih, beberapa lokasi di Selangor mula dilanda banjir menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sejak awal pagi Ahad.


Menurut portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat tengah hari Isnin, sejumlah 788 mangsa membabitkan 215 keluarga di Perak dan Selangor ditempatkan di 11 PPS.

Daripada jumlah itu, seramai 578 mangsa melibatkan 153 keluarga ditempatkan di tujuh PPS di Selangor, manakala banjir di Perak semakin surut dengan hanya 210 mangsa daripada 62 keluarga masih berada di PPS.

Kawasan yang terlibat banjir di Selangor ialah kawasan perumahan di Bangi dan Sepang, manakala di Perak kawasan yang terjejas ialah Hilir Perak dan Kerian.

The Star melaporkan, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Encik Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata operasi memindahkan mangsa bermula 4.30 pagi Ahad, selepas menerima panggilan kecemasan.


Sementara itu, Berita Harian Malaysia (BHM) melaporkan pusat beli-belah Subang Parade di Subang Jaya, Selangor, dilanda banjir kilat pada petang Ahad, akibat hujan lebat.


Syarikat pengurusan bangunan Subang Parade, Hektar Property Services Sdn Bhd, bagaimanapun mengesahkan tiada kecederaan dan kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku dalam kejadian yang melanda tingkat bawah tanah pusat beli-belah itu.

Encik Ahmad Mukhlis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.39 malam Ahad.

Susulan itu, beliau berkata, sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya digerakkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi didapati banjir setinggi kira-kira 0.3 meter menenggelami bahagian bawah tanah pusat beli-belah itu dan usaha membantu mengeluarkan takungan air telah dilakukan,” lapor BHM pada malam Ahad.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata ia sedang aktif menangani keadaan berkenaan dan memastikan keselamatan pembeli dan pengunjung bangunan terbabit.

“Tiada kecederaan dan kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku dalam banjir kilat yang melanda tingkat bawah tanah pusat beli-belah ini,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan di Perak, paras Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada tahap bahaya dengan mencatat ketinggian 4.02 meter, manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang dan Sungai Slim pada paras berjaga-jaga, masing-masing pada paras 13.29 meter dan 25 meter.

Berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi, cuaca diramal baik pagi Isnin di kedua-dua negeri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >