Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Banjir di Terengganu: ‘Saya tiada apa nak dibasuh, rumah dah runtuh’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Banjir di Terengganu: ‘Saya tiada apa nak dibasuh, rumah dah runtuh’

Jan 29, 2024 | 11:39 AM



DUNGUN (Terengganu): Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah peribahasa menggambarkan nasib lapan sekeluarga apabila sebahagian besar struktur rumah mereka di Kampung Shukor, Hulu Dungun, Terengganu, runtuh akibat banjir luar biasa pada 25 Januari lalu.


Cik Jalina Abdullah, 42 tahun, bersama suami, lima anak serta ibunya antara penduduk di kampung berkenaan yang kediaman mereka terjejas teruk.

Banjir besar yang berlaku itu menyebabkan hanya bahagian dapur rumahnya yang diperbuat daripada konkrit sahaja terselamat.

Menurut Cik Jalina, rumahnya boleh diibaratkan tongkang pecah sehingga beliau tidak tahu bagaimana mahu membersihkannya.

Katanya, beliau sendiri mendengar bunyi runtuhan daripada bahagian bilik dan ruang tamu rumah ketika mahu membersihkan rumah pada 26 Januari.

“Memang terkejut bila ruang tamu dan dapur runtuh, sekarang ini kami hanya berharap bahagian dapur ini sebagai tempat berteduh.

“Tak tahu nak bersih macam mana, rumah saya runtuh, orang lain sibuk bersihkan rumah yang dipenuhi lumpur tapi saya cuma ambil barang yang ada di bahagian runtuhan itu,” katanya yang bekerja sebagai kerani, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Menurut Cik Jalina lagi, beliau masih trauma dengan insiden banjir yang melanda kampungnya kali ini walaupun saban tahun menjadi mangsa banjir dengan kejadian terbaru pada Disember 2023.

“Biasa jadi mangsa banjir tetapi kali ini saya trauma dan adakalanya menangis apabila mengenangkan peristiwa ini.

“Saya juga buntu memikirkan nasib kami sekeluarga termasuk ibu yang rumahnya turut terjejas apatah lagi mengenangkan sesi persekolahan yang baru dan Ramadan juga semakin hampir,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada semua pihak termasuk petugas keselamatan dan sukarelawan yang membantu beliau dan keluarganya.


“Memang sedih dan tak boleh nak gambarkan macam mana tetapi dengan adanya bantuan daripada mereka ini, sekurang-kurangnya dapat memudahkan urusan kami, “ katanya.


Banjir besar yang berlaku pada 25 Januari itu menyebabkan tiga rumah hanyut dan satu daripadanya hanya tinggal tangga dan tiang rumah di Kampung Shukor, Hulu Dungun.


Kejadian itu disifatkan bencana terburuk pernah dilalui mereka dalam tempoh 60 tahun di kampung berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >