Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bapa bawa batang besi cuba masuk padang di Negeri Sembilan, sebab anak kena kad merah

Jul 9, 2024 | 6:20 PM
bola sepak
Anggota Rela menenteramkan seorang lelaki yang cuba masuk padang dengan membawa objek dipercayai besi selepas anaknya dilayangkan kad merah dalam perlawanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). - Foto tular

KUALA PILAH (Negeri Sembilan): Peminat bola sepak kesal apabila masih ada bapa pelajar yang berlagak samseng dan cuba mencetuskan provokasi selepas anak mereka yang bermain di padang dilayangkan kad merah.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku dalam satu kejohanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, seorang bapa yang berang selepas anaknya menerima kad merah dipercayai cuba memasuki padang sambil membawa sebatang objek dipercayai sebatang besi.

Tindakan bapa itu bagaimanapun dihalang pegawai MSSM dan seorang anggota Rela merampas objek yang dibawa.

Anggota Rela kemudian menenangkan bapa berkenaan sebelum beliau bersama anaknya berlalu pergi meninggalkan tempat perlawanan, lapor Berita Harian Malaysia.

Video yang tular itu turut menyaksikan pertengkaran mulut antara bapa pelajar dengan anggota Rela dan pegawai kejohanan namun keadaan dapat dikawal.

Berdasarkan komen warganet, kebanyakan kurang senang dengan tindakan bapa berkenaan yang dilihat terlebih emosi malah ada yang mahu bapa berkenaan meminta anaknya bermain congkak.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Datuk Dr Roslan Hussin, berkata kejadian berkenaan sudah diselesaikan secara baik dan berharap ia menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg