Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Turkey digantung selepas presiden kelab tumbuk pengadil

Dec 12, 2023 | 11:27 AM



ANKARA: Pengendali bola sepak Turkey menggantung semua liga setelah seorang pengadil ditumbuk hingga jatuh oleh seorang presiden kelab berikutan perlawanan tahap tinggi pada 11 Disember.


Halil Umut Meler diserang oleh presiden MKE Ankaragucu, Faruk Koca, yang berlari ke padang setelah pasukan lawan menyamakan kedudukan pada minit ke-97 dalam aksi Liga Super menentang Caykur Rizespor.

“Perlawanan dalam semua liga telah ditunda bagi tempoh masa yang tidak pasti,” kata pengerusi Persatuan Bola Sepak Turkey (TFF), Mehmet Buyukeksi dalam satu sidang media.

“Serangan ini memalukan bola sepak Turkey,” tambah beliau.

Meler menerima beberapa pukulan daripada individu lain ketika beliau terbaring di atas padang dan mengalami kecederaan termasuk patah tulang kecil.

Kejadian itu menyebabkan kekecohan melibatkan pemain dan pegawai kelab.

Koca memerlukan rawatan di hospital tetapi “prosedur penahanan Koca akan dijalankan selepas rawatan,” kata Menteri Dalam Negeri Turkey, Encik Ali Yerlikaya.

Encik Yerlikaya menambah individu lain telah ditangkap di atas penglibatan mereka dalam kejadian tersebut, yang mana beliau “mengutuk sekeras-kerasnya”.

Meler, 37 tahun, adalah salah seorang pengadil terbaik Turkey dan mengadili perlawanan antarabangsa untuk Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Beliau juga berada dalam senarai pengadil elit Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa).

Meler turut memerlukan rawatan hospital dan ketua doktor hospital di mana beliau dirawat, Dr Mehmet Yorubulut, berkata:

“Tiada nyawa terancam buat masa ini. Beliau hanya mengalami pendarahan di sekitar mata kiri dan patah tulang kecil.

“Kami akan (memantau) pengadil kami sehingga pagi disebabkan trauma pada kepala. Kami akan membenarkan beliau keluar hospital selepas pemeriksaan wajib.”

Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, bersuara selepas kejadian yang mengejutkan itu.

“Saya mengecam serangan ke atas pengadil Halil Umut Meler selepas perlawanan MKE Ankaragucu-Çaykur Rizespor berlangsung malam ini, dan saya berharap beliau cepat sembuh,” katanya.

“Sukan bermaksud keamanan dan persaudaraan, bukan keganasan. Kami tidak akan sekali-kali membenarkan keganasan berlaku dalam sukan Turkey.”

Pasukan tuan rumah, MKE Ankaragucu melahirkan rasa kesal berikutan tindakan presidennya, sambil dalam satu kenyataan, berkata:

“Kami rasa sedih dengan kejadian yang berlaku pada malam ini.

“Kami meminta maaf kepada peminat bola sepak Turkey dan seluruh masyarakat sukan atas insiden sedih yang berlaku selepas perlawanan Caykur Rizespor di Stadium Eryaman.”

Caykur Rizespor mengirimkan mesej sokongan kepada Meler dan menyatakan kekecewaan mereka secara umum, dengan berkata:

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya kejadian tidak diingini yang berlaku selepas perlawanan Ankaragucu hari ini.

“Kami menyampaikan ucapan kami kepada seluruh warga pengadil, khususnya pengadil perlawanan, Halil Umut Meler agar cepat sembuh.”

TFF memilih untuk mengambil tindakan tegas yang diharapkan akan membimbing bola sepak Turkey menjadi tempat yang lebih selamat.

Pengerusi TFF, Buyukeksi menambah:

“Perlawanan bola sepak bukan peperangan. Tidak semua pasukan boleh menjadi juara pada masa yang sama. Kami semua harus memahami perkara ini. Kami mengajak semua untuk bersikap tanggungjawab.

“(Ankaragucu) dan pengurusnya akan dikenakan hukuman paling berat.”

Berkaitan hukuman, beliau berkata ia akan dibincangkan dalam satu jawatankuasa mulai 12 Disember. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >