Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bapa buat laporan anak hilang direman 7 hari, susulan penemuan mayat

Jul 29, 2025 | 4:58 PM
Johor, mayat ditemui, anak hilang
Polis menemui mayat seorang kanak-kanak lelaki yang ditanam di Rompin, Jempol, Negeri Sembilan. - Foto BHM

ISKANDAR PUTERI (Johor): Bapa yang membuat satu laporan anaknya hilang ketika ditinggalkan sebentar dalam kereta untuk membeli makanan pada 24 Julai, kini direman tujuh hari selepas polis menemui mayat seorang kanak-kanak lelaki yang ditanam di Rompin, Jempol, Negeri Sembilan, petang 28 Julai.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Penolong Pesuruhjaya M Kumarasan, berkata lelaki tempatan berusia 36 tahun itu membuat laporan mengenai kehilangan anak lelakinya yang berusia enam tahun pada kira-kira 2.15 pagi 24 Julai.

“Dalam laporan dibuat bapa terbabit, dia mendakwa anaknya yang juga anak tunggal itu hilang sekitar 6 petang Rabu lalu (23 Julai).

“Dia mendakwa mangsa hilang ketika ditinggalkan seorang diri di dalam kereta yang diletak di kawasan berkenaan untuk membeli makanan.

“Namun tangkapan ke atas bapa kepada kanak-kanak yang hilang itu dibuat Khamis lalu (24 Julai) kira-kira 12.20 tengah hari di pekarangan Ibu Pejabat Polis (IPD) Iskandar Puteri, untuk siasatan lanjut.

“Lelaki terbabit kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tempoh tujuh hari sejak Jumaat (25 Julai) sehingga 31 Julai,” katanya dalam satu kenyataan pada 29 Julai.

Terdahulu, Polis Negeri Sembilan dilaporkan menemui mayat kanak-kanak berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, pada 24 Julai, ditanam di kawasan Rompin, Jempol, petang 28 Julai.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, dilaporkan berkata mayat kanak-kanak itu ditemui susulan penahanan suspek lelaki berusia 36 tahun yang juga bapa kanak-kanak malang itu oleh Polis Johor.

“Polis Jempol menerima maklumat penemuan mayat di kawasan Rompin kira-kira 4.30 petang 28 Julai,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.

Mangsa dikenali sebagai Tishant Munisammy, warga tempatan dan berusia enam tahun.

Kanak-kanak itu mempunyai ketinggian kira-kira 110 sentimeter dan berat 19 kilogram, berkulit hitam manis serta berhidung mancung dengan lokasi terakhir mangsa dilaporkan berada di Kopitiam Tiong Nam, Bukit Indah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg