Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bayar tol guna kad debit, kredit mula di 11 lebuh raya M’sia

Sep 30, 2023 | 1:30 PM
KAEDAH BAYARAN ALTERNATIF: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kanan) menggunakan kad debit untuk membayar tol di lorong Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) di Plaza Tol Loke Yew di Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.
KAEDAH BAYARAN ALTERNATIF: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kanan) menggunakan kad debit untuk membayar tol di lorong Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) di Plaza Tol Loke Yew di Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. - Foto SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR: Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) yang membolehkan pengguna membayar menggunakan kad debit dan kredit telah mula dilaksana di 11 lebuh raya di Lembah Klang dan Pulau Pinang pada Jumaat lalu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pelaksanaan itu akan memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna lebuh raya untuk membuat pembayaran tol.

Ia memberi alternatif baru kepada kaedah pembayaran tol sedia ada menggunakan kad Touch ‘n Go, Smart Tag dan Radio Frequency Identification (RFID).

“Saya bangga kerana Lembaga Lebuhraya (LLM) dapat tepati janji supaya 11 syarikat konsesi ini membuka sekurang-kurangnya satu lorong SPT.

“Kita juga sedang menimbang untuk menambah lebih banyak lorong untuk SPT di seluruh negara bagi memudahkan pengguna.

“Buat masa ini, kita tak boleh buat 100 peratus di semua lebuh raya kerana faham implikasi lain yang mungkin timbul dan tidak mahu beri masalah kepada pihak konsesi,” katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan SPT di Plaza Tol Loke Yew, Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) pada Jumaat.

Sebelum itu, beliau memandu dan melalui lorong SPT dengan disertai Pengerusi LLM, Datuk Seri Jalaluddin Alias, dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, Datuk Zahrul Hakim Abdullah.

Pelaksanaan SPT adalah hasil inisiatif kementerian itu, LLM dan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya. – Sinar Harian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg