Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Bekas pelajar Tingkatan 6 bunuh rakan, dipenjara 30 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Bekas pelajar Tingkatan 6 bunuh rakan, dipenjara 30 tahun

Mar 06, 2024 | 03:08 PM



KUALA TERENGGANU: Bekas pelajar Tingkatan 6 dijatuhi hukuman penjara 30 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 5 Mac kerana membunuh rakannya empat tahun lalu.


Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani selepas tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 23 tahun, mengaku salah terhadap tuduhan.

Mengikut tuduhan, tertuduh didakwa membunuh Siti Nur Surya Ismail, 19 tahun, di sebuah rumah di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong, Hulu Terengganu, antara 8.30 pagi dengan 9.30 pagi pada 1 November 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh diberikan hukuman penjara berdasarkan kepada pindaan terkini mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 2 November 2020, lapor Berita Harian Malaysia.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris, manakala tertuduh diwakili peguam bela Cik Azura Ghazali.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan ditemui mati dipercayai dibunuh dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang, pada 1 November 2020.

Dalam kejadian itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya yang baru pulang dari sekolah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >