Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita maut dipukul anak guna kasut keselamatan, tukul besi

Feb 29, 2024 | 5:53 PM
Foto hiasan
Foto hiasan - Foto hiasan

SHAH ALAM: Seorang wanita maut dipercayai dipukul anak kandungnya yang di bawah pengaruh dadah dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Jawa, dekat sini, pada 28 Februari.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Timbalan Pesuruhjaya Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya terdahulu menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 9.45 pagi.

Beliau berkata hasil siasatan pihak polis mendapati mangsa adalah seorang suri rumah berusia 56 tahun dan tinggal bersama suami serta anak lelakinya yang juga suspek.

“Mangsa difahamkan berselisih faham dengan suspek sehingga menyebabkan suspek yang berusia 33 tahun bertindak memukul mangsa menggunakan sepasang kasut jenis safety boot (kasut keselamatan) dan sebatang tukul besi sebelum melarikan diri.

“Bertindak atas maklumat, suspek yang bekerja sebagai tukang gunting rambut ditangkap pada 11.30 pagi di tempat kerjanya di Taman Sentosa Klang.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah Methamphetamine. Semakan juga mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau dadah dan satu rekod jenayah,” katanya dalam satu kenyataan pada 28 Februari, lapor Berita Harian Malaysia.

Encik Mohd Iqbal berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati atau pemenjaraan bagi satu tempoh yang tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg