Bekas pembantu bilal fitnah timbalan pengerusi masjid didenda RM2,800

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas pembantu bilal fitnah timbalan pengerusi masjid didenda RM2,800

Aug 30, 2024 | 1:38 PM

Bekas pembantu bilal fitnah timbalan pengerusi masjid didenda RM2,800

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Foto hiasan.
Foto hiasan. - Foto hiasan.

MELAKA: Bekas pembantu bilal didenda RM2,800 ($845) oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada 29 Ogos atas kesalahan memfitnah timbalan pengerusi sebuah masjid menerusi aplikasi WhatsApp, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Al-Azi Abd Ghani, 42 tahun, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Khairunnisak Hassni, selepas mengaku bersalah sebaik pertuduh berkenaan dibacakan terhadapnya.

Dalam penghakimannya, Encik Khairunnisak turut meneliti fakta kes, rayuan tertuduh dan hujah pemberatan hukuman dikemukakan pendakwaan.

Beliau menetapkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda, namun tertuduh melunaskan bayaran itu, lapor Berita Harian Malaysia.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Al-Azi didakwa memfitnah Encik Mohd Arif Yusa, 58 tahun, dengan menukar gambar kumpulan WhatsApp Al-Alami MITC kepada ‘Hj Arif Durjana’,

Dia juga menukar gambar kumpulan itu kepada gambar Encik Mohd Arif yang diconteng dengan beberapa ayat: “aku boleh potong semua orang!!! Kau orang semua kalau nak selamat, kena dengar cakap aku!!! kalau tak kauorang akan aku pecat macam pegawai syarak Masjid MITC tu!!!”.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, pada 28 Mei 2021, kira-kira 7.30 malam.

Tertuduh yang mengetahui tohmahan itu akan merosakkan nama baik pengadu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, Encik Mohd Arif menyedari perkara itu ketika membuka kumpulan WhatsApp masjid berkenaan dan mendapati gambar ikon sudah ditukar dengan gambarnya diconteng.

Selepas memeriksa, beliau mengetahui perbuatan itu dilakukan individu dikenalinya iaitu tertuduh.

Sementara itu, peguam, Encik Muhammad Izzuddin Ab Malek, dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon hukuman ringan kerana tertuduh yang kini berniaga burger sudah insaf dan wajar diberi peluang kedua. Menurutnya, tertuduh juga ada berjumpa dan meminta maaf kepada Encik Mohd Arif atas kesalahan berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Wardah Isshar memohon hukuman setimpal dikenakan atas kesalahan dilakukan.

Ketika kejadian, tertuduh ialah pembantu bilal dan mangsa adalah timbalan pengerusi di Masjid Al-Alami MITC di Ayer Keroh, Melaka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg