Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Berita pelantikan DPM Wong sebagai PM S’pura keempat curi tumpuan M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Berita pelantikan DPM Wong sebagai PM S’pura keempat curi tumpuan M’sia

Apr 21, 2024 | 05:30 AM



Kurang sebulan lagi iaitu pada 15 Mei, Singapura bakal menyaksikan perubahan tampuk pemerintahan apabila Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Encik Lee Hsien Loong.

Di Singapura, pemimpin bertukar jawatan Perdana Menteri sebelum berlakunya Pilihan Raya Umum (GE) bukanlah kali pertama berlaku, kerana pada 28 November 1990, mendiang Encik Lee Kuan Yew, telah menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Encik Goh Chok Tong.

Malah, peralihan jawatan yang tersusun seperti itu memang menjadi amalan di negara di Asia Tenggara ini.

Berita peralihan tampuk pimpinan Singapura yang diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 15 April mungkin bukan kejutan buat rakyat Singapura, namun telah menarik perhatian dunia, termasuk dari Malaysia.

Ramai menyifatkan corak peralihan kuasa itu teratur dan menarik, lantas menyumbang kepada kemantapan politik dan sosial Singapura, yang boleh dijadikan contoh buat negara lain di dunia.

Namun, pentas politik yang tidak sama rentaknya mungkin agak menyukarkan untuk tradisi peralihan kepimpinan di Singapura dijadikan amalan oleh negara lain, walaupun ia dilihat baik untuk rakyat yang akan menikmati kestabilan politik dan sosial berterusan.

Topik peralihan kuasa antara Encik Lee sebagai Perdana Menteri sekarang dengan Encik Wong turut menjadi tajuk perbincangan dalam program podcast, Keluar Sekejap, yang dihoskan mantan menteri dan pemimpin politik ternama Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin, dan rakan seangkatannya, Encik Shahril Hamdan.


Menurut Encik Khairy, berita itu agak mengejutkan walaupun pada dasarnya telah diketahui lebih awal menerusi kenyataan Encik Lee, 72 tahun, pada November 2023, bahawa beliau berhasrat untuk berundur sebelum GE 2025.


“Kita sudah tahu ia akan berlaku (peralihan kuasa) cuma tidak jangka secepat ini. Saya jangkakan sebelum tahun depan (2025) iaitu sebelum pilihan raya umum berlaku,” katanya.

Encik Khairy atau lebih mesra disapa sebagai KJ, berkongsi bahawa Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, mempunyai pengalaman luas dan kredibiliti tersendiri untuk memikul amanah besar sebagai Perdana Menteri keempat Singapura, walaupun pada usia agak muda.

“Beliau telah berkhidmat di pelbagai kementerian dan saya sendiri mengenali beliau sewaktu Encik Wong memegang jawatan Kebudayaan, Masyarakat dan Belia yang turut menjaga portfolio sukan pada 2015.

“Ketika itu saya memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan. Pada usia 51 tahun, dengan latar belakang kelulusan University of Michigan, kini beliau akan diangkat sebagai Perdana Menteri keempat Singapura,” katanya dalam siaran podcast itu.

Ketika ditanya oleh Encik Shahril tentang pandangannya mengenai peralihan jawatan Perdana Menteri di Singapura yang dilihat cermat dan tersusun, KJ mengakui perkara itu dan melihat pengumuman awal itu akan memberi tempoh mencukupi untuk Encik Wong menyusun strategi menambat hati rakyat dan memastikan kemenangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada GE akan datang.

Namun kata KJ, cabaran besar yang harus dipikul Encik Wong ialah bagaimana memastikan beliau mampu mendapat mandat rakyat sebagai Perdana Menteri, berikutan pelantikannya ke jawatan itu adalah berdasarkan persetujuan daripada perbincangan elit dalam kalangan rakan pemimpin dalam PAP.

“Ya, pengurusan peralihan ini nampak kemas dan tersusun. Tetapi perkaranya ia masih lagi perbincangan elit iaitu dalam kalangan dalaman saja.

“Situasi politik semakin berubah sekarang dan sebab itu sangat penting untuk pastikan Lawrence (Encik Wong) bukan hanya mendapat sokongan parti, tetapi lebih penting lagi mandat rakyat,” katanya.

Encik Wong adalah calon Perdana Menteri yang telah dimuktamadkan PAP dan Encik Lee, merentas dua calon utama yang telah disenaraikan sebelum ini iaitu Encik Chan Chun Sing dan Encik Ong Ye Kung, yang semuanya memegang jawatan menteri ketika ini.

“Justeru bagi saya, mereka harus mula fikir tentang bagaimana melibatkan penyertaan rakyat dalam mengurus peralihan kuasa ini dan bukan hanya bergantung dalam perbincangan tertutup PAP untuk memilih siapa Perdana Menteri Singapura untuk generasi seterusnya,” ujarnya.

Namun, mandat rakyat Singapura mungkin tidak sukar diperoleh Encik Wong mengambil kira latar belakang beliau yang mendapat sokongan padu daripada kira-kira 200,000 rakyat Singapura yang menyertai daya usaha, Melakar Hala Tuju Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >