Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Cinta ‘otai’: Baru jumpa dua kali, terus dilamar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Cinta ‘otai’: Baru jumpa dua kali, terus dilamar

Dec 22, 2023 | 02:23 PM



KUALA LUMPUR: Kata orang, kalau jodoh tak ke mana, untuk pasangan ini pula, kalau dah jodoh, tak perlu tunggu lama-lama!

Walaupun baru jumpa dua kali namun sudah cukup untuk Cik Wani Abdul Wahab untuk membuat keputusan menerima lamaran jejaka yang baru dikenalinya melalui Facebook.

Pasangan ini baru saja mendirikan rumahtangga pada 11 Disember lalu, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Cik Wani, 40 tahun, dan pasangannya Encik Imran Hamid A. Manaf, 51 tahun, berkenalan melalui aplikasi Facebook dating pada 19 Jun, dan berhubung menerusi panggilan telefon dan applikasi WhatsApp.

Mereka berjumpa buat kali pertama pada 25 Jun di Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Mengimbas kenangan manis itu, Cik Wani berkongsi:

“First date kami di KLCC, selepas dua hari, dia menjemput saya dari pejabat di Cyberjaya dan ajak mengerjakan solat maghrib di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.”

“Selepas solat, dia berikan ‘hint’ best juga kalau dapat buat majlis nikah di sini. Pada masa tu, saya abaikan saja komen itu, mungkin itu angan-angannya dengan orang lain, tetapi malam itu juga dia melamar saya - ‘Ok tak hujung tahun ni awak masuk rumah saya sebagai isteri’...” kata Cik Wani pada akhbar Mstar.

Cik Wani mengaku terkejut dengan lamaran itu dan memberikan masa beberapa minit sebelum memberi persetujuan. Menurut Cik Wani, keperibadian Cik Imran, seorang ketua pramugara yang tenang membuat hatinya terpikat.

“Mungkin faktor usia, dan pengalaman kerjanya. Lagi satu, bila dia bercakap, dia meluahkan hatinya satu-persatu dan tidak kelam kabut…” katanya lagi sambil menambah suaminya itu kelakar juga orangnya.

Cik Wani pernah putus dalam hubungannya sebelum ini dan masih tidak percaya beliau sudah pun menjadi isteri orang dalam masa yang sangat singkat.

“Bukan tak nak usaha, tetapi saya pasti Allah sudah siapkan yang terbaik dan sesuai dengan keperluan saya. Dia hantar jodoh pada masa yang tepat, dimana saya telah reda dengan seikhlas hati,” tambah pejawat awam itu.

“Usaha sekadarnya, dan serahkan yang lebih kepada Allah, Dia yang lebih arif. Jika belum sampai jodoh lagi, percayalah, Dia sedang menyiapkan yang terbaik untuk kita. InsyaAllah ada bahagia menanti.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >