Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua penunggang motosikal M’sia maut setelah bertembung di Machang

Apr 26, 2024 | 6:14 PM
Dua penunggang motosikal maut selepas kededuanya bertembung dalam nahas di Kilometer 53 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Machang pada 26 April.
Dua penunggang motosikal maut selepas kededuanya bertembung dalam nahas di Kilometer 53 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Machang pada 26 April. - Foto PDRM

KOTA BHARU (Kelantan): Dua penunggang maut selepas motosikal yang mereka tunggang bertembung dalam kemalangan di Kilometer 53 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Machang pada 26 April.

Menukil laporan media Malaysia, kejadian tersebut berlaku pada 12.45 malam dan mengorbankan lelaki berusia 20 tahun dan remaja berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin, berkata pihaknya dari Ibu Pejabat Polis Daerah Machang menerima maklumat berhubung kemalangan itu.

Beliau berkata polis bergegas ke lokasi kejadian dan menjalankan siasatan sejurus setelah menerima laporan tersebut.

Dalam satu kenyataan, beliau menjelaskan: “Hasil siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha Y16ZR ditunggang salah seorang mangsa dari arah Kota Bharu menuju ke Kuala Krai.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal itu hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan motosikal jenis Yamaha Y15 yang datang dari arah Kuala Krai.”

Akibat kemalangan itu, kededua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, tambah beliau.

“Kematian itu disahkan oleh pembantu perubatan yang hadir di lokasi. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg