Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua rakan didakwa laku persetubuhan terhadap remaja kelainan upaya di Johor

Jun 17, 2025 | 6:30 PM
persetubuhan, hukuman, orang kurang upaya
Tertuduh Mohamad Shah Zailan Fikri Abdullah, 25 tahun, mengaku bersalah manakala Mohamad Izuan Salleh, 34 tahun, tidak mengaku bersalah, sebaik pertuduhan dikemukakan secara berasingan di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor pada 17 Jun. - Foto BH ONLINE

MUAR (Johor): Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada 17 Jun atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap remaja perempuan orang kelainan upaya selepas diberi dadah, awal Jun lalu.

Tertuduh Mohamad Shah Zailan Fikri Abdullah, 25 tahun, mengaku bersalah manakala Mohamad Izuan Salleh, 34 tahun, tidak mengaku bersalah, sebaik pertuduhan dikemukakan secara berasingan di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor, lapor Berita Harian Malaysia.

Shah Zailan Fikri yang juga pekerja kebun berhadapan dua pertuduhan iaitu meliwat serta persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap mangsa berusia 19 tahun di sebuah inap desa di kawasan Muar, Johor antara 2 hingga 4 pagi pada 7 Jun lalu.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara hingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Mohamad Izuan yang bekerja penjaga kedai dobi dituduh mengikut melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dengan tarikh kejadian serta masa berlaku di tempat sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Othman Affan Ismail manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Susulan pengakuan bersalah Shah Zailan Fikri, mahkamah menetapkan 20 Jun untuk fakta dan hukuman manakala kes terhadap Mohamad Izuan disebut semula pada 22 Julai ini untuk serahan dokumen dan pelantikan peguam.

Mahkamah membenarkan Mohamad Izuan diikat jamin RM10,000 ($3018), serta mengenakan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan terutama mangsa sehingga kes selesai.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Mohamad Izuan dituduh memiliki dadah methampethamine seberat 0.44 gram di sebuah rumah di Parit Jawa di sini pada 9 pagi, 9 Jun lalu.

Namun, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kes disebut semula pada 19 September ini untuk laporan patologi serta tertuduh dibenarkan ikat jamin RM2,000.

Tertuduh kemudian membayar kedua-dua ikat jamin dikenakan terhadapnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg