Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dulu dikecam beri anjing makan, kini pemilik restoran Johor dipuji

Nov 28, 2024 | 7:06 PM
Seorang warga Malaysia yang dikenali sebagai Cik Masha, dikecam netizen gara-gara memberi makan kepada anjing liar berhampiran restorannya, Restoran Salai Star di Johor Bahru.
Seorang warga Malaysia yang dikenali sebagai Cik Masha, dikecam netizen gara-gara memberi makan kepada anjing liar berhampiran restorannya, Restoran Salai Star di Johor Bahru. - Foto TIKTOK/SALAISTAR

Gara-gara beliau dilihat memberi makan kepada anjing liar berhampiran restorannya, seorang pemilik restoran wanita Muslim di Malaysia menerima ugutan boikot hanya empat bulan selepas membuka Restoran Salai Star di Johor Bahru pada Julai.

Wanita itu yang dikenali sebagai Cik Masha, 50 tahun, pada mulanya tidak tahu kenapa perniagaannya merosot dengan ketara pada bulan ketiga beroperasi.

Sebabnya menjadi jelas pada satu hari ketika Cik Masha sedang merakam video sambil memberi makan kepada anjing liar. Beliau kemudian dihampiri dua individu yang mengancam untuk memboikot restorannya kerana beliau memberi makan kepada anjing.

Menukil laporan saluran berita Free Malaysia Today, Cik Masha berkata:

“Mereka memarahi saya sambil berkata, ‘Anda Melayu, kan? Islam? Mengapa anda mahu memberi makan kepada anjing? Anjing haram, orang memandangnya dan terus jijik!’

“Mereka kemudian mengugut untuk menyebarkan gambar saya memberi makan kepada anjing, supaya penduduk di sini akan memboikot kedai saya.”

Sebagai tindak balas kepada ugutan itu, Cik Masha memuat naik video di TikTok pada 20 November untuk menjelaskan kontroversi dihadapinya.

Cik Masha menjelaskan bahawa memberi makanan lebihan kepada haiwan liar ialah satu tindakan belas kasihan dan mengingatkan penonton bahawa semua makhluk termasuk anjing adalah sebahagian daripada ciptaan Allah.

“Saya sebagai pencinta haiwan, saya memang perlu beri makan (kepada anjing),” kata Cik Masha dalam video itu.

Tambahnya, beliau mempunyai perniagaan makanan kucing dan justeru, jiwanya “tidak boleh terpisah daripada haiwan”.

“Daripada membuang makanan lebihan, lebih baik kita beri kepada haiwan…

“Janganlah bersangka buruk. Allah akan beri pahala, ada ganjarannya (untuk beri makan kepada haiwan)...

“Haiwan (iaitu) makhluk Allah pun mahu hidup di dunia ini juga,” ujar Cik Masha di penutup videonya.

Setakat ini, video itu mempunyai sebanyak 21 juta ‘like’ dan lebih 5,000 komen, dengan netizen memuji kelakuan Cik Masha dalam ruang komen.

Disebabkan videonya yang tular itu, ramai pelanggan kemudian berpusu-pusu ke restorannya.

“Orang ramai mula datang menyokong restoran saya dan memberikan kata-kata semangat. Saya berasa sedih kerana kami tidak dapat menawarkan perkhidmatan terbaik disebabkan jumlah pelanggan yang ramai,” ungkap Cik Masha.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg