Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Wanita berang lihat anjing terbiar di bawah terik mentari, minta pemilik lepaskan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita berang lihat anjing terbiar di bawah terik mentari, minta pemilik lepaskan

Feb 09, 2024 | 12:14 PM



Melihat seekor anjing diikat ke tiang besi di bawah terik matahari selama sejam, Cik Juliana Mohamed, 40 tahun, tidak dapat berdiam diri dan terus berteriak memanggil pemilik anjing itu untuk melepaskannya.

Cik Juliana bersama keluarganya yang tinggal berdekatan di kawasan Jurong West itu, sedang dalam perjalanan keluar untuk membeli-belah apabila mereka terlihat seekor anjing yang diikat ke tiang pada Ahad, 4 Februari lalu, pada sekitar jam 1 tengah hari.







“Bila saya melihat itu, saya fikir, mungkin empunya anjing itu sedang membeli makanan di kedai kopi berdekatan, jadi saya biarkan saja dan terus membeli-belah di pasar raya di situ.

“Tetapi setelah selesai membeli-belah, saya perhatikan sudah satu jam berlalu dan anjing itu masih terikat dalam panas terik, jadi saya rasa pun bertanya kepada pekerja kedai kopi itu, siapa empunya anjing itu,” kata Cik Juliana yang juga seorang penyelamat kucing-kucing liar dan tidak berupaya.

Suaminya, Encik Faezal Rahmad, 45 tahun, yang bersamanya pada waktu itu juga merasa geram melihat keadaan itu dan membiarkan isterinya mengambil tindakan.

Video yang dirakam oleh anak perempuan mereka, Nur Hasya Aqilah, 16 tahun dimuat naik ke akaun Facebooknya @JulieChong untuk pengajaran semua dan telah dikongsikan juga ke laman kumpulan tertutup untuk penyelamat kucing “Sayang Our Singapore’s Community Cats”. Dari situ, video itu telah mendapat perhatian warganet sampai tular.

“Setelah meneriak beberapa kali, barulah empunya anjing itu datang dan melepaskan anjingnya. Beliau meminta maaf dan bekerjasama, jadi saya tidak mahu panjangkan cerita, dan membiarkannya.

“Ada (warganet) menyangka anjing itu dalam teduh, tapi sebenarnya tidak, ia terdedah dengan panas matahari selama ia terikat di situ,” terang Cik Juliana dalam perkongsiannya dengan Berita Harian (BH) pada 9 Februari.

“Ada kawasan yang terteduh, tetapi anjing itu tidak berdiri di situ.”

Sebagai seorang penyelamat kucing liar, Cik Juliana mengaku amat menyayangi haiwan seperti kucing dan anjing. Beliau sering mengambil kucing yang sakit dan cacat untuk dijaga di rumah sehingga mereka pulih :

“Anjing juga ciptaan Allah. Mereka juga perlu dilindungi dan disayangi. Saya dan juga teman-teman lain yang selalu beri makan pada anjing.”

Anaknya, Cik Hasya juga mengikuti jejak langkah ibunya yang sangat menyayangi bintang. Cik Hasya, ialah seorang sukarelawan bersama SPCA dan mengatakan sesuatu harus dilakukan untuk mengajar pemilik haiwan supaya bersikap bertanggungjawab.

Dalam muatan ke facebook, Cik Juliana juga bertegas dengan pemilik anjing:

“Kalau nak pergi makan pun, pastikan anjing anda dalam keadaan selamat. Saya tak dapat menjaga anjing, tetapi ini yang terbaik dapat saya buat untuknya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >